CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1757|Reply: 11

[Jenayah] Cubaan culik: Polis minta artis wanita bawa anak ke balai untuk rakam keterangan

[Copy link]
Post time 27-7-2022 05:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 27-7-2022 05:39 PM


Media sebelum ini melaporkan Lufya mendakwa cedera di bahagian kepala dan badan akibat dipukul dengan kayu oleh seorang lelaki dalam cubaan menculik anaknya itu.

PETALING JAYA: Polis meminta penyanyi dan pelakon, Lufya Omar, membawa anak perempuannya ke balai polis untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan cubaan menculik yang didakwa berlaku di sebuah taman permainan di Kota Damansara, di sini, 26 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, selain usaha untuk mendapatkan keterangan daripada anak pelakon itu berusia lima tahun, pihaknya juga akan mendapatkan lakaran wajah (fotofit) suspek bagi membuat hebahan awam.
"Polis sudah menghubungi Lufya dan sekarang masih menunggu kerjasama daripadanya," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelupusan Barang Kes Perjudian, Am dan Berharga di Balai Polis Ara Damansara, di sini, hari ini.


BACA: Pelakon Lufya cedera di muka, bergelut dengan lelaki cuba culik anak
Mohd Fakhrudin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.

Media melaporkan Lufya atau Lutfyah Sheikh Omar, 37, mendakwa cedera di bahagian kepala dan badan akibat dipukul dengan kayu oleh seorang lelaki dalam cubaan menculik anaknya itu.
-- BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2022 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Eik tak pergi2 lagi? Fishy je ambik masa lama, jangan dibawa main kes culik lufya oi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
98% nak kantoi dah. 2% tinggal tunggu PDRM reveal (jika tak nak jaga aib).
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama la sgt...kan dh mendapat
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kes hari tu kannn.....
Lamanya polis nk panggil bg keterangan.....
Ke aku yg tertinggal....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Nape aku rasa dia mcm nak perhatian ex saja..ke aku je yg rasa mcm tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2022 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kau propa, mmg kau mak yg tagune
Skrg anak kau plk kena panggil. Best ke gitu??
Kalau kau brckp beneran, aku ckp kau tagune jugak Sbb kau bodoh delay daley case penculikan.
Dan aku ckp tagune dkt ketiak kau jugak
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelik nye
Klo i yg melibatkn anak polis xperlu carik
Dah lame g balai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2022 12:38 AM | Show all posts
jazaa100 replied at 27-7-2022 11:15 PM
Ni kes hari tu kannn.....
Lamanya polis nk panggil bg keterangan.....
Ke aku yg tertinggal....

the next day post dia polis dah panggil kak jazaa...  cuma dia yang lengah2...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape bende le ko ni ketibas. Tak cukup mencapub kes2 orang len ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Pukul 4-5 ptg cubaan menculik kat taman permainan? Sebulan lepas kan..
Hmm.. kalau betul, berani betul penculik tu kat tempat open n ramai org..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Fishy sangatt

Klu ini sekadar “drama”, polis boleh amik tindakan pd minah ni tak ya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.094682 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list