CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 386|Reply: 1

[Politik] Tun M kata lompat parti perlu untuk stabilkan kerajaan.Anda tidak setuju?

[Copy link]
Post time 28-7-2022 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad berkata beberapa pengecualian perlu diberikan terhadap tindakan ahli parlimen yang melompat parti.

Mahathir berkata walaupun tindakan melompat parti perlu ditegah, dalam keadaan tertentu ia diperlukan bagi membentuk kerajaan stabil melalui penambahan kerusi sesebuah parti.

“Lompatan perlu ditegah. Tapi ada kalanya yang perlu kita ada adalah lompatan kerana dalam pilihan raya tak ada satu parti yang dapat lebih 50 peratus kerusi supaya dirikan kerajaan, yang ada parti kurang 50 peratus.

“Dan dalam keadaan itu, kalau ditubuh juga satu kerajaan minoriti, apabila datang ke Dewan Rakyat, maka kerajaan itu boleh dijatuhkan dengan hanya mengundi usul tidak percaya kerajaan.

“Dalam keadaan itu kita boleh ada PRU sekali lagi, tetapi itu juga tidak akan menentukan (kerajaan yang stabil). Sebab itu ada perlunya lompat parti dibenarkan supaya jumlah ahli cukup untuk menjadi kerajaan dengan majoriti,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Yang ditegah apabila orang lompat, masuk tanpa kelulusan parti dan tak disokong oleh parti.

“Kalau orang itu masuk mana-mana parti, dia akan hilang kerusi. Itu yang sepatutnya berlaku (kerana) satu, dua orang, tiga orang boleh jatuhkan parti apabila bilangan diperlukan tak ramai seperti apa yang berlaku hari ini, di mana sebilangan daripada wakil rakyat parti kerajaan telah lompat masuk dan jatuhkan kerajaan dan parti lawan dapat mendirikan kerajaan.

“Perkara ini patut dijelas dengan cukup jelas bahawa ini tindakan yang tak diizinkan oleh parti dan juga dorongan jawatan ataupun kewangan yang diberikan kepada mereka yang sanggup melompat,” kata ahli parlimen Langkawi itu.


https://m.malaysiakini.com/news/629857
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2022 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Dicadangkan ahli parlimen dari kumpulan yg membentuk kerajaan dgn majority mudah dilarang melompat parti yg boleh menjatuhkan kerajaan kecuali ahli parlimen pembangkang dibenarkanmelompat bagi memberi lebih kestabilan kepada kerajaan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.145317 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list