CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 592|Reply: 3

[Dunia] Serpihan roket angkasa lepas China akan terhempas ke bumi

[Copy link]
Post time 28-7-2022 01:24 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 27-7-2022 09:27 AM

Serpihan roket angkasa lepas China akan terhempas ke bumi[size=14.399999618530273px][size=0.8]Julai 27, 2022 @ 2:45pm

[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]




Roket Long March-5B Y3 membawa modul makmal Wentian untuk pembinaan stesen angkasa lepas China berlepas dari Pusat Pelancaran Kapal Angkasa Wenchang di Hainan, China pada 24 Julai lalu. - Foto REUTERS



CALIFORNIA: Serpihan roket angkasa lepas China dijangka terhempas ke bumi dalam tempoh beberapa hari akan datang, dengan potensi serpihan menimpa merentasi kawasan yang luas di seluruh dunia.

Menurut pertubuhan angkasa yang dibiayai Amerika Syarikat (AS) , Aerospace Corp, serpihan itu adalah sebahagian daripada roket Long March 5B China yang dilancarkan pada Ahad lalu dari Pusat Pelancaran Angkasa Wenchang di Wenchang, selatan China.

Serpihan roket itu itu dijangka mula memasuki semula ruang udara bumi tanpa kawalan sekitar 31 Julai ini, menurut pertubuhan berpangkalan di El Segundo, California itu.

Ia turut meramalkan medan serpihan roket pengangkutan itu yang mungkin meliputi kebanyakan kawasan di sebahagian besar AS selain Afrika, Australia, Brazil, India dan Asia Tenggara.

Roket pengangkut seberat 23 tan metrik itu adalah sebahagian daripada apa yang dikatakan pengkritik sebagai siri kemalangan tidak terkawal yang menonjolkan risiko perlumbaan angkasa lepas China yang semakin meningkat dengan AS.

"Disebabkan sifatnya yang tidak dapat dikawal, terdapat kebarangkalian serpihan berkenaan akan jatuh di kawasan berpenduduk - lebih 88 peratus penduduk dunia tinggal di bawah lingkungan di mana serpihan itu berpotensi jatuh," kata Aerospace.

Pada Mei 2021, serpihan satu lagi roket Long March jatuh di Lautan Hindi, menimbulkan kebimbangan terhadap tindakan agensi angkasa lepas China yang hilang kawalan ke atas roket yang dilancarkan semasa ia jatuh kembali ke bumi.

"Adalah penting bagi China dan semua negara serta mana-mana entiti komersil yang meneroka angkasa lepas bertindak secara bertanggungjawab dan telus di angkasa.

"Ini penting untuk memastikan keselamatan, kestabilan, keselamatan dan kemampanan jangka panjang penerokaan angkasa lepas," kata Pentadbir Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA), Bill Nelson, mengulas kejadian pada Mei lalu.

Pelancaran roket terbaru China itu adalah bagi menghantar modul ke stesen angkasa negara, termasuk pemacu untuk meletakkan kapal angkasa di orbit.

Pemacu itu kini 'mati' dan di luar kawalan agensi angkasa China, kata ahli astrofizik di Pusat Astrofizik dikendalikan Universiti Harvard dan Institusi Smithsonian, Jonathan McDowell.

"Percaturan China mengharapkan serpihan itu akan jatuh di lautan, namun terdapat banyak kawasan berpenduduk padat dalam lingkungan di mana serpihan itu dijangka jatuh," katanya. - AGENSI






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2022 03:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Dijauhkan lah dari Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Sungguh cilaka hanat dajjal dr China.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
kena kepala aku, siapp. aku saman!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.038633 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list