CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 982|Reply: 18

[Dunia] Rajapaksa dibenarkan tinggal di Singapura 14 hari lagi

[Copy link]
Post time 28-7-2022 01:30 AM | Show all posts |Read mode
Rajapaksa dibenarkan tinggal di Singapura 14 hari lagi[size=14.399999618530273px][size=0.8]Julai 27, 2022 @ 8:00am

[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]




Bekas presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa. - Foto REUTERS



SINGAPURA: Singapura membenarkan bekas presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa untuk tinggal di republik negara itu tambahan selama 14 hari, menurut sumber.

Menurut dua sumber berasingan di Colombo dan Singapura, pas lawatan jangka pendek yang dikeluarkan ketika Rajapaksa tiba dalam lawatan peribadi dua minggu lalu dilanjutkan sehingga 11 Ogos ini.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan di Singapura tidak memberikan sebarang komen bagi mengesahkan perkara itu.

Sebelum ini, Rajapaksa tiba di Singapura pada 14 Julai lalu, sehari selepas melarikan diri dari negaranya yang dilanda krisis melalui Maldives berikutan desakan rakyat yang memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai presiden.

Pada masa itu, kerajaan Singapura dilaporkan berkata Rajapaksa tidak diberikan suaka dan berada di negara itu untuk lawatan peribadi.

"Saya percaya dia akhirnya akan mempertimbangkan untuk kembali ke Sri Lanka tetapi tidak ada pendirian politik atau pendirian lain yang pasti mengenai perkara ini," kata jurucakap kerajaan Sri Lanka, Bandula Gunwardena.

Perdana menteri sementara, Ranil Wickremesinghe mengambil alih jawatan presiden berikutan kemenangan dalam undi parlimen selepas Rajapaksa melarikan diri dari negara itu dan meletak jawatan.

Negara yang mempunyai 22 juta penduduk itu lumpuh akibat krisis ekonomi yang dahsyat selama beberapa bulan dengan kekurangan bahan api, makanan dan keperluan lain apabila rizab pertukaran asing yang diperlukan untuk import penting menurun ke paras terendah. - REUTERS






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2022 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni boleh join bang Jat plk
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Silap2 nanti dah ada kat Penang makan nasi kandaq.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 12:08 PM | Show all posts
Puak sinhalese ni rupa dorang pun berbeza kan dari tamil

No wonder lah tak ngam

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
mai la sini.jadi pati kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada niat nak datang Malaysia ke? Kami tak mengalu2kan kamu.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2022 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramasamy x mau ajak open table pekena pasemboq ka
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 03:58 PM | Show all posts
Mary_jane replied at 28-7-2022 10:57 AM
Silap2 nanti dah ada kat Penang makan nasi kandaq.

Berani ke dia dtg penang. sana ada ramasamy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2022 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
igtkan ke maldives nak stay lama. berani ke dia blk ke sri lanka??kapatebang baru nak kuar tayar depan ummah depa dah berbondong2 terjah runway tu dulu agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
die takkan balik la negara die. silap2 mtk tlg sini. ujong2 join politik malaysia pulak
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 04:11 PM | Show all posts
nasib baik najib x lari keluar negara lps pru14. rupa2nya lg aman duduk dlm negara ni siap bole jalan2 cuti2 malaysia lg
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 04:14 PM | Show all posts
Alah pergi je la ke AU sana, sampai2 cakap nak apply for political asylum habis cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni anti LTTE. Kira ramasamy musuh dia lah. So apa pulak nak suruh dia pergi penang? Tu singapore punya menteri dalam negeri tu lagi kuat LTTE dia. Sebab tu keling2 India mari senang dpt PR sana. Pakcik ni eventually dia akan
halau. Tapi kalau pakcik ni boleh park duit mungkin 1 billion aku rasa singapore happy jer ambik.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 04:22 PM | Show all posts
aku buka link sbb nak tahu sape rajapaksa kena paksa ke terpaksa. adoi nama ex-presiden sri lanka rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 05:45 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 28-7-2022 12:08 PM
Puak sinhalese ni rupa dorang pun berbeza kan dari tamil

No wonder lah tak ngam

yang di sini pun kalau keturunan singhalese pun rasa lebih tinggi dari yg lain. diorg ni cerah2 sikit banding southern indian.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam Melayu Malaysia pula aku tengok muka dia. Macam rupa pak2 muntri tanahair.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2022 05:48 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 28-7-2022 05:47 PM
Macam Melayu Malaysia pula aku tengok muka dia. Macam rupa pak2 muntri tanahair.

memang ada pun melayu keturunan ke 3 ke 4 di sana ... tapi tak de dah cakap melayu. ada yg islam pada nama tapi tak amalkan. Ekonomi dipegang oleh islam jugak


Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
airisa replied at 28-7-2022 09:48 AM
memang ada pun melayu keturunan ke 3 ke 4 di sana ... tapi tak de dah cakap melayu. ada yg islam p ...

Maybe heols ini ada darah Melayu. Kelihatan ketara dari rupa.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
pembacagosip replied at 28-7-2022 04:22 PM
aku buka link sbb nak tahu sape rajapaksa kena paksa ke terpaksa. adoi nama ex-presiden sri lanka ru ...

Dia kena paksa rela di-Qorun-nia kan nama rajapaksa itu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.058287 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list