View: 748|Reply: 15
|
[Tempatan]
Dulu cuma mampu bayar zakat RM7 jah, sekarang Kri menangis jadi pembayar zakat terbesar Selangor
[Copy link]
|
|
Aliff Syukri Menangis Diisytihar Antara Pembayar Zakat Terbesar Selangor, Jumlah Hampir RM1 Juta
Pengusaha kosmetik dan selebriti media sosial Datuk Aliff Syukri menangis kegembiraan apabila dia diberi penghargaan sebagai pembayar zakat terbesar di Selangor dengan jumlah hampir RM1 juta pada tahun 2021.
Perkhabaran gembira itu dikongsi dan dimuat naik di Instagramnya semalam.
“Hari indah buat saya dan isteri! Syukur hari ini Zakat Selangor beri penghargaan kepada kami sebagai antara pembayar zakat terbesar di Selangor, dengan jumlah hampir RM1 juta pada tahun 2021 hasil bisnes.
“Dulu masa saya mula berniaga 15 tahun lepas, saya hanya mampu bayar RM7 zakat setiap bulan. Tetapi, saya selalu tanamkan azam nak bayar lebih dan ia menjadi satu semangat untuk saya kerja keras! Terima kasih doa ibu kandung saya dan isteri,” katanya.
Dalam pada itu, Aliff turut meminta pengikutnya supaya mendoakan agar dia sentiasa sukses dalam kejayaan dan terus dapat membantu mereka yang memerlukan.
“Alhamdulillah hari ini jadi kenyataan. Tidaklah hebat nak banding dengan mereka yang jauh lebih berjaya… tapi saya mohon anda doakan saya sentiasa berjaya dalam perniagaan dan dapat memberi lebih banyak bantuan pada mereka yang memerlukan,” katanya lagi.
Meninjau ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah, termasuk ibunya, Rozita Ibrahim.
“Semoga Allah terus bantu Kri (nama panggilan Aliff) berjaya dan bagi lagi banyak zakat dan infak… Ya Allah senang hati mak Kri,” katanya.
Dalam masa yang sama, usahawan Nur Sajat turut menitipkan ucapan tahniah kepada Aliff Syukri.
“So proud of my mentor,” tulisnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jijiks yach dek. Itu jah akak nak cakap sis. |
|
|
|
|
|
|
|
cheque tulis 52500.00 tp voucher payment tulis 52800.00 so lg 300 masuk poket ka camna?? |
|
|
|
|
|
|
|
serius ler pembayar zakat terbesar..sorry hati hitam i susah nk percaya founder2 ni punya cakap..lg2 si bapuk sutun hanat ni |
|
|
|
|
|
|
|
bukti mana, bukti? ko ni selalu overclaim sebab tu aku tak percaya dah....
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mojarean_X at 28-7-2022 11:02 PM
Alhamdulillah........walaupun alif syukri sebegini, namun dia x pernah ada issue ngan tax unlike kawan dia yg satu lg tu. Iols rasa mesti orang yg jaga akaun dia bagus smpikan dia bole jd pembayar zakat terbesar |
|
|
|
|
|
|
| |
|