CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 898|Reply: 0

Cabaran pecut berpasukan lelaki, wanita bermula esok

[Copy link]
Post time 28-7-2022 04:38 PM | Show all posts |Read mode

JURULATIH, John Beasley (empat dari kiri) bersama pelumba basikal trek negara di Birmingham. FOTO JOHN BEASLEY

Birmingham: Skuad berbasikal trek negara akan memulakan cabaran menerusi pusingan kelayakan acara pecut berpasukan lelaki dan wanita di Lee Valley Velo Park, London, dekat sini, esok.

Muhammad Fadhil Mohd Zonis, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan adiknya, Muhammad Ridwan Sahrom menjadi sandaran negara kali ini.

Turut memulakan cabaran esok adalah gandingan Anis Amira Rosidi, Nurul Aliana Syafika Azizan, Nurul Izzah Izzati Mohd Asrie bagi acara pecut berpasukan wanita. Kedua-dua acara akan bermula pada 10 pagi.


Berdasarkan prestasi semasa, kedua-dua skuad negara dijangka mampu melepasi pusingan itu.

Sebelum perlumbaan esok, mereka sudah membuat persiapan rapi termasuk menguji venue di London itu pada Ahad lalu.

Fadhil berkata, dia sememangnya sudah bersedia untuk memulakan aksi di velodrom berkenaan dan bertekad untuk menghadiahkan pingat kepada pasukan.

Selain acara pecut berpasukan, dia yang akan membuat penampilan kedua pada temasya Sukan Komanwel turut menyertai tiga acara lain termasuk acara kegemarannya, 1 kilometer (km) ujian masa individu, selain keirin dan pecut individu.

"Sudah pasti saya mahu berikan prestasi terbaik. Harap saya dapat memenangi pingat untuk pasukan.

"Sejak tiba di sini, saya dapat rehat dan tidur yang cukup dan ia sesuatu yang bagus," katanya seperti dilaporkan sebelum ini.

Shah Firdaus turut bersedia dari aspek mental dan fizikal bagi membawa cabaran negara termasuk bagi acara pecut berpasukan.

Dia yang turut membuat penampilan kedua kali ini selepas edisi Gold Coast 2018 mahu membuktikan sesuatu kepada jurulatihnya, John Beasley yang menjadi watak penting dalam kerjayanya.

Tanpa kelibat jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, Shah Firdaus jelas menjadi sandaran utama negara untuk membawa balik pingat kali ini.

Azizulhasni atau Jijoe sebelum ini terpaksa menarik diri daripada temasya empat tahun sekali itu kerana sedang menjalani proses pemulihan selepas pembedahan jantung pada April lalu.

Pada temasya di Gold Coast empat tahun lalu, sukan ini gagal membawa pulang sebarang pingat manakala hanya gangsa di Glasgow pada 2014 menerusi Azizulhasni.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... wanita-bermula-esok

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.053218 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list