CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1229|Reply: 14

Lelaki Ditahan Pegawai Kastam Lilit Tangkal Sihir Di Pinggang

[Copy link]
Post time 28-7-2022 08:49 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pelancong ditahan pegawai kastam ketika cuba menyeludup barangan dipercayai untuk kegunaan ilmu sihir ke Dubai.


Lelaki itu didapati membawa azimat, cincin, tali pinggang dan gelang yang diperbuat daripada kulit haiwan yang diikat di pinggangnya, lapor The National News.




Tali dan azimat dipercayai mempunyai unsur sihir yang ditemukan pada seorang lelaki. FOTO Agensi





Barangan terbabit ditemukan pada lelaki itu selepas sebuah pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, baru-baru ini.


Pegawai kastam semakin curiga dengan tingkah laku lelaki itu, dan menyedari sekeliling perutnya kelihatan seperti kembung.


Mereka menemui barang-barang itu, yang dikaitkan dengan amalan sihir selepas pemeriksaan.


"Dia sedang melepasi tempat kastam dan pemeriksa mengesyaki pengembara itu kerana dia keliru dan bahagian pinggangnya kelihatan kembung," kata pengarah operasi penumpang di Kastam Dubai, Khalid Ahmed.


Lelaki itu berasal dari negara Afrika yang tidak dinyatakan, dirujuk kepada Polis Dubai untuk siasatan.


Mengamalkan ilmu hitam atau cuba menyeludup barangan sihir adalah haram di bawah Perkara 316 Kanun Keseksaan Emiriah Arah Bersatu (UAE).


Mereka yang ditangkap menyeludup objek sihir akan dikenakan penjara atau denda.


Kastam Dubai berkata, lebih 68 kilogram barang sihir dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, antara 2018 dan 2020.


Menurut Kastam Dubai, pihaknya berusaha menyebarkan kesedaran membawa barangan ini sebenarnya membantu mengurangkan bilangan percubaan penyeludupan.


"Barang-barang yang boleh dikaitkan dengan ilmu sihir atau ilmu hitam adalah dilarang di bawah peraturan Jawatankuasa Kerjasama Kewangan dan Ekonomi (GCC)," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2022 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kok ye pon Tok Moh nak ikat perut tu, lelonggar lah sikit Kan dah kantoi. Tak pon, sebelum ke Dubai, pegi la Marie France dulu buat slimming
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Lorrgghhh ingat kan lilit bebanyak gitu terus halimunan…dgn makhluk ghaib pon scam eh
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Musykil pulak..peg kastam tak kena sihir ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sihir dah tawar ke?


Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 09:14 PM | Show all posts
Jikalau dia berugama Islam buat seperti ini di a4ab Saudi boleh dijatuhi hukuman pancung kerana menduakan tohan nan satu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2022 09:25 PM | Show all posts
agaknya langgar pantang larang, cebushhhhh hijab tersingkap
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 11:32 PM | Show all posts
orang melayu dulu2 pun suka sangat pakai tangkal2 ni

sekarang tak tau lah masih ada ka tidak

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2022 12:26 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 28-7-2022 11:32 PM
orang melayu dulu2 pun suka sangat pakai tangkal2 ni

sekarang tak tau lah masih ada ka tidak

ada. macam2 jenis.

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 08:51 AM | Show all posts
tetiba saya teringat tangkal kencing malam Wahid Senario.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 09:39 AM | Show all posts
ingatkan dah lilit tangkal penuh pinggang dah abes kebal... lupa baca serapah ke bang?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 09:56 AM | Show all posts
geng2 afrika memang kuat percaya benda2 tahyul dan khurafat ni.. voodoo culture still kuat.
Even footballer negara lawan pun diorang santau..
Aku tak tau, mungkin harut marut dulu tu yang banyak buat ilmu sihir tu dekat dengan nasab keturunan orang afrika ni kot..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2022 04:33 AM From the mobile phone | Show all posts
arwah ayah iols keje bahagian cek2 beg foreigner masuk sini.. dia ckp kebanyakkan beg org negara seberang mesti ada benda2 tangkal khurafat semua tu.. kunun sebagai pelindung dekat tempat org.. so chuols semua kalau nk berkawan or kenal org seberang tu hati2 la ya.. dorg ni kuat sgt main benda2 mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 09:56 AM | Show all posts
X power laa kiranya smpi tertangkap.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 09:56 AM | Show all posts
X power laa kiranya smpi tertangkap.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 1.113274 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list