View: 1008|Reply: 1
|
[Dunia]
Embun beku di kaki Gunung Semeru
[Copy link]
|
|
Embun beku di kaki Gunung Semeru
Embun beku boleh dilihat di kaki Gunung Semeru. - Foto AGENSI
LUMAJANG, JAWA TIMUR: Fenomena semula jadi embun beku akibat penurunan suhu di kaki Gunung Semeru di Kampung Ranupani, Daerah Lumajang, Jawa Timur menarik minat pelancong.
"Fenomena alam yang jarang berlaku itu menjadi tarikan pelancong, malah ada juga pelancong yang menunggu untuk mendokumentasikan fenomena itu melalui gambar atau video," kata Ketua Pejabat Pelancongan Daerah Lumajang, Yuli Harismawati di sini, pada Rabu.
Memetik laporan laman berita antaranews.com, penurunan suhu menghampiri sifar darjah Celsius di Kampung Ranupani adalah punca berlakunya fenomena embun beku.
"Fenomena itu selalu berlaku setiap Julai hingga September kerana pada bulan-bulan itu, suhu di Ranupani akan menghampiri sifar darjah Celsius," katanya.
Kedudukan tinggi Kampung Ranupani iaitu 2,300 meter dari aras laut adalah satu lagi faktor di sebalik kejadian embun beku, katanya.
Embun beku boleh dilihat di kawasan rata, seperti di sekitar Tasik Ranupani dan Ranu Regulo, tambahnya.
"Embun beku juga menutupi tumbuhan, sekali gus memberi gambaran kawasan di Kampung Ranupani di kaki Gunung Semeru dilitupi salji," katanya.
Beliau berkata, penduduk dan pelancong yang berminat untuk melihat embun beku di Kampung Ranupani dan kawasan bersebelahan boleh tiba sebelum matahari terbit pada jam 5 pagi waktu tempatan (UTC +7).
"Sekiranya pelancong berminat untuk melihat tumbuhan diliputi embun beku, maka mereka tidak perlu pergi jauh ke New Zealand, tetapi mereka boleh datang ke Kampung Ranupani di Daerah Lumajang," katanya.
Walaupun penduduk dapat menikmati embun beku di Kampung Ranupani, jalur pendakian di Gunung Semeru masih ditutup kerana status gunung berapi setinggi 3,676 meter itu masih pada tahap III (berjaga-jaga), mengikut Agensi Mitigasi Vulkanologi dan Bencana Geologi, katanya. - AGENSI
Sumber:https://www.bharian.com.my/dunia ... -kaki-gunung-semeru
|
|
|
|
|
|
|
|
CH pun berkabus tghr weh....esok lusa salji kot |
|
|
|
|
|
|
| |
|