View: 357|Reply: 0
|
[Dunia]
Manusia guna hasil Bumi setahun dalam masa 7 bulan
[Copy link]
|
|
SEBANYAK satu pertiga makanan di seluruh dunia dibazirkan pada setiap tahun. - AFP
Manusia guna hasil Bumi setahun dalam masa 7 bulan
PARIS – Manusia mencatat pencapaian negatif baharu apabila menggunakan semua hasil Bumi untuk tempoh setahun semalam, manakala pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pula memberi amaran, sumber defisit kini digunakan bagi menampung kehidupan di planet ini sepanjang baki 2022.
Tarikh tersebut yang digelar sebagai Earth Overshoot Day, menandakan hari di mana manusia menggunakan hasil pengeluaran Bumi untuk tempoh selama setahun, demikian menurut Rangkaian Jejak Global dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF).
“Dari 1 Januari hingga 28 Julai 2022, manusia menggunakan sumber alam semula jadi yang mengambil masa setahun untuk Bumi menggantikannya. Sebab itulah 28 Julai dinamakan Earth Overshoot Day (Hari Terlebih Guna atau Hari melampaui Batas).
“Bumi memiliki banyak sumber semula jadi, kita boleh terlebih guna sumber ini untuk satu tempoh tetapi kita tidak boleh menggunakannya secara berlebihan sepanjang masa.
“Ia sama seperti wang, kita boleh berbelanja melebihi pendapatan untuk satu tempoh tetapi sekiranya kita berbuat demikian sepanjang masa, kita akan muflis,” kata Presiden Rangkaian Jejak Global, Mathis Wackernagel.
Menurutnya, manusia memerlukan sumber daripada 1.75 Bumi untuk menampung populasi sekarang secara lestari.
Menurut Rangkaian Jejak Global, Earth Overshoot Day jatuh semakin awal sepanjang tempoh 50 tahun lalu.
Pada 2020, tarikh tersebut ditangguhkan selama tiga minggu akibat Covid-19 sebelum kembali seperti era sebelum pandemik.
“Sekiranya semua orang hidup seperti orang Amerika Syarikat, tarikh tersebut akan jatuh jauh lebih awal iaitu 13 Mac,” kata Wackernagel.
Kedua-dua NGO itu menuding jari terhadap sistem pengeluaran makanan dan jejak ekologinya yang ‘amat besar’.
“Secara keseluruhan, lebih separuh sumber bio planet ini (55 peratus) digunakan untuk makanan manusia. Banyak makanan dan bahan mentah turut digunakan untuk memberi makan haiwan yang kemudian dimakan oleh manusia,” kata kedua-dua NGO tersebut.
Menurut mereka, manusia perlu mengurangkan makan daging terutamanya penduduk di negara-negara kaya.
“Sekiranya kita mengurangkan pengambilan daging kepada separuh, kita boleh melewatkan Earth Overshoot Day selama 17 hari dan 13 hari lagi jika kita mengurangkan pembaziran makanan” kata aktivis Rangkaian Jejak Global, Laetitia Mailhes sambi menambah, sebanyak satu pertiga makanan di seluruh dunia dibazirkan setiap tahun. – AFP
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... dalam-masa-7-bulan/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|