CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 369|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang selaraskan undang-undang anti lompat parti

[Copy link]
Post time 29-7-2022 08:59 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang selaraskan undang-undang anti lompat parti

Oleh Nur Izzati Mohamad - Julai 29, 2022 @ 7:59pm  [email protected]







GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas bagi meminda perlembagaan negeri itu berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti pada September ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata penasihat undang-undang negeri telah diarahkan meneliti RUU berkenaan di peringkat persekutuan bagi membolehkan ia dikuatkuasakan di negeri ini.

Menurutnya, walaupun usul yang diluluskan di peringkat Parlimen sedikit berbeza dengan usul yang dibuat di peringkat DUN, pihaknya akan cuba selarikannya dengan pihak persekutuan.

"Di Pulau Pinang kita sudah pun ada usul sedemikian (RUU Anti Lompat Parti), namun ia berbeza dengan apa yang diluluskan oleh Parlimen.

"Justeru, bagi mencapai hasrat meminda perlembagaan negeri, saya telah beri arahan kepada penasihat undang-undang negeri untuk melihat RUU di peringkat persekutuan, seterusnya akan selarikan peruntukan dengan perlembagaan negeri ini.

"Pada masa sama, kita juga bercadang mengadakan satu sesi khas DUN pada September ini untuk membawa pindaan kepada perlembagaan negeri untuk ia dikuatkuasakan di negeri ini," katanya, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Kon Yeow berkata, beliau berharap tindakan sama juga dapat diambil negeri-negeri lain untuk menyeragamkan perlembagaan negeri masing-masing berhubung RUU Anti Lompat Parti terbabit.

"Ini kerana sekiranya mana-mana negeri tidak meminda perlembagaan negeri mengikut perlembagaan persekutuan maka undang-undang itu tidak akan terpakai di peringkat negeri," katanya.

Pada 2012, DUN Pulau Pinang telah meluluskan RUU Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2012 bagi menyekat wakil rakyat daripada melompat parti untuk keuntungan peribadi.

Mengikut Seksyen 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang iaitu mana-mana ADUN yang berhenti menjadi ahli parti diwakili semasa pilihan raya perlu mengosongkan kerusinya.

Semalam, Dewan Rakyat telah meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti dengan mendapat undi majoriti dua pertiga ahli dewan.

Seramai 209 Ahli Parlimen bersetuju dan 11 ahli Parlimen tidak hadir menerusi undi belah bahagian di Dewan Rakyat semalam.

RUU itu akan dibentangkan di Dewan Negara pada 9 Ogos ini dan selepas diluluskan ia akan dipersembahkan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk mendapat perkenan sebelum diwartakan.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.062708 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list