CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 377|Reply: 0

[Kedah] 'Rumah kami tidak selamat lagi untuk didiami'

[Copy link]
Post time 30-7-2022 12:19 PM | Show all posts |Read mode
'Rumah kami tidak selamat lagi untuk didiami'

Safuri Kamarudin
[email protected]



Ramlah sedang membersih rumahnya di Kampung Padang Empang ,Kupang selepas dilanda banjir kilat. FOTO SAFURI KAMARUDIN





Baling: "Rumah kami tidak selamat lagi untuk didiami sejak kejadian kepala air dan banjir di Kampung Iboi tempoh hari (4 Julai lalu).

"Bila bunyi guruh hati dah berdebar kerana terlalu takut, kalau boleh esok nak pindah dah ke rumah baharu," kata Ramlah Abdullah, 58.

Ramlah dari Kampung Padang Empang, Kupang di sini, meluahkan kebimbangan itu selepas kediaman penduduk di kampung itu terjejas akibat banjir Khamis lalu berikutan limpahan Sungai Kupang.

Dia berkata, kerajaan negeri diharapkan dapat menyediakan penempatan baharu kepada penduduk yang menetap berdekatan tebing sungai ke kawasan yang baharu dan selamat.

"Jika dulu hujan tiga jam air hanya masuk halaman rumah sahaja, tapi sekarang kami tidak boleh menjangkakan perkara itu, apa-apa boleh berlaku dalam sekelip mata.

"Rasa perit dah tinggal di sini, tak sanggup lagi berpenat lelah dengan selut, lagi pun rasa tidak selamat tinggal di rumah yang ada sekarang," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Jirannya, Salmah Shaari, 54, turut meluahkan pendapat sama dan berharap kerajaan negeri menyediakan rumah baharu buat mereka meskipun sekadar rumah desa yang disediakan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda).

"Rumah kami tidak selamat lagi dan berisiko ditenggelami air sekiranya banjir kerap berlaku.

"Kami sedia berpindah asalkan tempat baharu lebih selamat, meskipun tinggal di rumah desa Keda," katanya.

Sementara itu, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Terbuka Kampung Padang Empang, Kupang ditutup jam 10 pagi ini berikutan cuaca kembali cerah dan Sungai Kupang berada pada paras biasa.

Seramai 58 mangsa daripada 19 keluarga dibenarkan pulang selepas mereka membuat pemeriksaan kesihatan bersama Kementerian Kesihatan di pusat pemindahan.


Disiarkan pada: Julai 30, 2022 @ 12:15pm





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.129549 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list