CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1499|Reply: 9

Jakim Teliti Trend Guru KAFA Guna Pelajar Raih Tontonan Di TikTok

[Copy link]
Post time 30-7-2022 11:57 PM | Show all posts |Read mode
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan meneliti trend guru Kelas Al-Quran & Fardu Ain (Kafa) yang menggunakan pelajar mereka sebagai kandungan untuk meraih jumlah tontonan di media sosial terutamanya menerusi TikTok.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, sebarang aktiviti yang membabitkan pembelajaran dan pengajaran melibatkan guru dan murid harus memberi fokus kepada silibus sedia ada.










Beliau berkata, sekiranya mempunyai niat lain, ia tidak sepatutnya berlaku tanpa kebenaran termasuk bahagian pendidikan Jakim.


"Sekiranya dibuat berdasarkan kandungan pembelajaran dan pengajaran mungkin boleh dibincangkan dari segi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan.


"Namun, jika kandungan yang dimuat naik di media sosial itu hanya berdasarkan minat guru sendiri, maka ia bukan etika sebagai seorang guru Kafa dan tidak sepatutnya berlaku. Kita akan meneliti perkara ini," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian K’late Gold Fest 2022 dan Pelancaran Aplikasi E-DND dekat Bandar Baru Tunjong, di sini pada Sabtu yang turut dihadiri Pengurus Kelantan Gold Trade Centre (KGTC) Sdn Bhd Wan Najahuddin Wan Fuad.


Sementara itu, Ahmad Marzuk menafikan dakwaan bahawa pembelian bangunan di London oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai satu pembaziran.


Katanya, pembelian itu merupakan strategi perniagaan yang bukan sahaja memberi keuntungan kepada TH, malah kepada pendeposit.


"Malah, pembelian bangunan itu juga telah melalui SOP yang ketat dan melalui sebuah badan pelaburan yang sangat berwibawa,” katanya.


Sebelum ini dilaporkan, Lembaga TH mengukuhkan lagi pelaburan dalam pasaran hartanah luar negara dengan memuktamadkan rundingan pembelian bangunan yang menempatkan Kementerian Pengangkutan United Kingdom di London 12 Julai lepas.




Sumber: Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2022 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu kafa pun teringin gak nak bergarit, ingat retis2 feeling2 bbnu jer boleh buat
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2022 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu kafa buat tiktok salah
Tabung haji guna duit pendeposit beli hartanah xsalah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2022 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by monreyes at 31-7-2022 11:35 AM

ada sorang cikgu tu suka interview student dia...klakar dgr dorang sembang..ok apa..xde yg mengarut pun
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 11:09 AM | Show all posts
biar lah guru kafa nak cari income lebih..elaun dpat pun 900-1000 je pun..kutipan zakat berlambak2 tu elok la diagih2 kan juga...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak semua org suka anak2 mereka dijadikan bahan content tik tok,  guru2 zaman tik tok ni kena diingat kan ttg ni,  apath lagi guru kafa yg sepatutnya punya akhlak yg lepas h matang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2022 11:19 AM | Show all posts
aku rasa kpm pun patut amek tindakan yg sama gak utk cikgu tiktok ni.  macam baru2 ni viral anak murid bawak cermin motor ke sekolah tu. aku rasa kesian plak sbb nampak mcm budak tu nak sorok sebab malu tapi cikgu gila glamer tu mcm paksa2 pulak.  ye btul tak nampak muka budak, tapi sedangkan kes cikgu buat lawak lucah tu anak murid die takde pun sebut nama cikgu tu dlm video die dah sentap kan. mentang2la anak murid ko tu tak mampu nak saman ko kan.  skrang ni pun 72% lepasan spm dah tak minat sambung belajar lagi rela jadi influencer ni.  kalau dah cikgu pun gigih nak jadi influencer ape lg anak murid kan

eh apsal kuat sgt bebel aku hari ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 11:24 AM | Show all posts
ya aku pun tak suka cikgu amik gambar budak2 utk content medsoc mereka
kalau tujuan pembelajaran atau aktiviti sekolah - i'm ok
aku sendiri pun jarang amat buat video anak2 aku, ni kan pulak org lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2022 11:25 AM | Show all posts
kalau ikutkan mana boleh sesuka ati ko jadikan anak org sbg content post ko..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
yes. tolong banned semua cikgu rekod dan upload mana2 sesi pembelajaran diskolah di social media. melainkan social media pihak sekolah yg rasmi. this is so unprofessional. profession2 lain ade jugak buat tp bidang perguruan ni la paling kerap nampak. be professional ya guru2 yg dihormati sekalian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.234723 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list