CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2286|Reply: 17

[Tempatan] Jangan campur tangan dalam acara kebudayaan bukan Islam, menteri diberitahu

[Copy link]
Post time 31-7-2022 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Ahli Parlimen Raub Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, orang Islam tidak seharusnya mencampuri hal ehwal budaya, kehidupan dan aktiviti perniagaan orang bukan Islam (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen DAP menasihatkan Menteri Hal Ehwal Agama, Idris Ahmad supaya tidak campur tangan dalam acara kebudayaan orang bukan Islam, dengan berkata, beliau harus fokus untuk berkhidmat kepada orang Islam.

Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata demikian susulan jawapan menteri itu di Parlimen pada 27 Julai lalu yang mengatakan, festival kebudayaan Oktoberfest tidak sepatutnya disambut kerana boleh mencetuskan masalah sosial.

Saya sebagai Ahli Parlimen beragama Islam akur bahawa, orang Islam tidak patut minum minuman yang beralkohol dan terlibat dalam aktiviti haram dari segi agama Islam,.Tetapi umat Islam tidak harus campur tangan dalam hal ehwal budaya, kehidupan dan aktiviti perniagaan masyarakat bukan Islam,” katanya dalam kenyataan.

“Perbuatan campurtangan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Selain itu, aktiviti perniagaan yang tidak halal oleh orang bukan Islam adalah kebebasan yang terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan.”

Tengku Zulpuri berkata, di Malaysia, Oktoberfest merupakan aktiviti mempromosikan bir yang diadakan secara dalaman di restoran dan pub yang tidak halal dan bukan secara terbuka seperti didakwa Idris.

Beliau juga mendakwa, kenyataan menteri agama itu berkaitan aktiviti perniagaan restoran bukan Islam, sebenarnya menjejaskan imej Islam itu sendiri kerana ianya menggambarkan sebagai agama yang tidak ada toleransi dengan cara kehidupan penganut agama lain.

Ahli Parlimen itu berkata, tindakan Idris itu mengulangi kenyataan yang boleh mengganggu keharmonian antara orang Islam dan bukan Islam sejak mengambil alih portfolio menteri, memetik kenyataan awal Idris mengenai perayaan Bon Odori.

Bulan lalu, Idris menyeru umat Islam supaya tidak menyertai sambutan Bon Odori yang dianjurkan oleh Kedutaan Jepun hingga mengundang kritikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Berikutan itu, baginda menitahkan menteri hal ehwal agama menghadiri sambutan perayaan itu bagi memahami perbezaan antara agama dan budaya.

Kenyataannya kemudian mendorong Sultan Selangor mencadangkan agar menteri itu melawat perayaan itu supaya dapat memahaminya dengan lebih baik.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2022 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau ikut sejarah dua2 acara sambutan ni yg aku baca.. bon odori lebih kepada berkaitan akidah, manakala oktoberfest lebih kepada akhlak.. kan?

so maknanya bon odori lebih bercanggah dgn ajaran islam..

so, kalau bon odori boleh dianjurkan, makanya oktoberfest lagi la boleh dianjurkan

ke camne?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2022 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Isu hina agama, menteri agama, JK masjid & ulama2 Youtube yg.tepek no.akaun besar2 diam membisu. Tu yg. Rani kulop bising, asik2 NGO je yg.turun.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2022 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Pertama sekali kenapa umat melayu nak join sekali. Itu mmg perayaan diaorang.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 12:07 AM | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 31-7-2022 09:33 PM
kalau ikut sejarah dua2 acara sambutan ni yg aku baca.. bon odori lebih kepada berkaitan akidah, man ...

Dua2 acara itu khusus untuk non-muslim. Lantak dn biarlah kalau mereka meraikannya. Pun tak dpt nak dikaitan dosa bagi mereka. Cuma yg dikhuatiri ialah penyertaan oleh muslimin sendiri kerana kedua2nya dilarang dlm Islam. Bukan juga budaya bagi orang2 melayu.
Penyertaan orang2 Islam meraikan Bon odori dikaitkan dgn akidah, dn minum arak pula ada kaitannya dgn surah Al-Maidah ayat 90, yg mengatakan: Wahai orang2 yg beriman, Sesungguhnya minuman keras, berjudi, berhala dn menenung/meramal nasib adalah perbuatan keji dn termasuk dlm amalan syaithon. Maka jauhilah agar kamu tidak menjadi orang2 yg rugi.  
Apakah dpt dijamin tidak ada orang melayu yg mengaku Islam ikut sama berpesta dlm perayaan trs.? Adakah akal baik yg Allah berikan, sengaja diajak menjadi tidak waras?


Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 05:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg beria nak sambut oktoberfest ni orang jerman ke? Lepas mabuk2 gaduh, balik rumah langgar org sampai mati. Ada kawalan ke yg mereka2 ni tak drink & drive? At least bon odori tak membahayakan orang awam lain.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2022 05:59 AM | Show all posts
Kuil seqfield yg kes adib tu ada perkembangan baru. Dah di naikkan tongkat serampang 3 yang berlampu merah.. kira dorg menang la eh tanah tu selepas pelbagai usaha? Klu jumpa ular, pukul dulu
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 11:53 AM | Show all posts
Menteri agama tak suruh Bon Odori tu diharamkan... orang nak organise, buat jerlah.
Dia cuma suruh org Islam jgn sertai shj (so itu mmg dlm konteks bidang kuasa seorang Menteri Agama).

Yg bukan Islam nak sibuk saranan Menteri Agama kpd rakyat beragama Islam, dah kenapa? Jgn sibuk hal agama org lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2022 12:01 PM | Show all posts
menteri agama,tapi tgk ke muka kelam,kusam mcm takde nur..sbb kuat sgt menunggang kot??
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodo ke apa ahli parlimen DAP tu? Cognitive dissonance sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 1-8-2022 02:45 PM

Keadaan/situasi...MALAYSIA.....pada hari ini selepas portugis,belanda,inggeris,jepun,cina,india,bangla,indon,nepal,myanmar,pakis,rohingngok,pilak,negro dan entah sapa lagi mai Msia...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 1-8-2022 02:42 PM
Keadaan/situasi...MALAYSIA.....pada hari ini selepas portugis,belanda,inggeris,jepun,cina,india,bang ...

Hobi urang Malaysia memang suka dijajah penjajah
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 06:22 PM | Show all posts
dia takde campur pun, dia tak larang non muslim nk smbut smpai terberak ke apa... yg dia buat, dia nasihat/larang umat islam sambut je

tu pun bahlul tak reti nak beza, camne leh jadi menteri ni?

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ally9970 replied at 1-8-2022 11:53 AM
Menteri agama tak suruh Bon Odori tu diharamkan... orang nak organise, buat jerlah.
Dia cuma suruh  ...

Ntah pape kan non muslim (not all, hanya utk yg terasa cili) yg sibuk mencapub kan? Diorang plak yg lebih kuah dari sudu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 1-8-2022 12:07 AM
Dua2 acara itu khusus untuk non-muslim. Lantak dn biarlah kalau mereka meraikannya. Pun tak dpt na ...

ye.. mmg begitu acik nolya.. yg ko reply ni mmg le aku tau

aku tanye ikut konteks malaysia ni sbg sebuah negara islam tapi ada campur budaya dan agama.. tu je

mungkin ada yg tak paham soalan aku tu...

ntah2 mungkin ada yg salah paham ingt aku ni liberal ke hape
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 10:23 AM | Show all posts
orang melayu kat malaysia ni memang toleransi tak kena tempat.

sultan pun sama jer beriyer sambut, siap suruh menteri pegi join lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2022 11:17 AM | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 1-8-2022 11:14 PM
ye.. mmg begitu acik nolya.. yg ko reply ni mmg le aku tau

aku tanye ikut konteks malaysia ni sbg ...


Anda telah melemparkan satu soalan yg open for discussion. Sahutan jawapan yg saya sampaikan juga adalah semata2 untuk discussion.  Namun pd isu yg ada kaitan dgn agama,  kita perlu amat berhati2 agar apa yg ditanyakan tidak timbulkan prasangka yg tidak molek.

Saya kutip kpd misalan yg sdr berikan: Bon odori nyentuh soal akidah/iman Islam dan minum arak yg dikaiitkan dgn akhlak. Perhalusi, dua2 perkara itu sangat berat dlm hukum-hakamnya. BO ada kitan dgn Tauhid, sementara arak, larangannya ada difirmankan dlm AQ. So, muslimin tak boleh mengimbang2 mana yg terlebih berat, mana yg lebih ringan lantas boleh mengatasi mengamalkannya. Inilah yg dibincangkan n hope U get what I mean.

Dlm konteks keraian oleh M'sians yg berbagai kaum, sudah dikatakan M'sia bukan negara Islam ttpi mengamalkan hukum Islam kerana penduduknya ramai yg  Islam. Hukum Islam menjadi paksi dlm banyak perkara dn khusus kpd musliminnya. Wbgmnapun, apa yg haram bagi Islam tidak boleh diharamkan kpd rakyatnya golongan alkafirun. Pun begitu, kerajaan kena ambil peduli agar apa yg kafirun rayakan itu tidak menimbulkan sesuatu yg tidak diingini, umpamnaya orang mabuk boleh timbulkan suasana gaduh, mencederakan atau terbunuh, atau kemudian memandu dlm keadaan mabuk yg menyebabkan kemalangan jalanraya. Lebih menyedihkan lagi jika ada pula orang2 Islam sendiri yg terikut2 meraikannya. Adakah pemimpin2 Islam harus berdiam diri dn tidak menzahirkan kegusaran mereka dgn hilang akhlak muslimin sedemikian?.  
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 31-7-2022 11:50 PM
Pertama sekali kenapa umat melayu nak join sekali. Itu mmg perayaan diaorang.


Sebab melayu dari dulu kerja nya kutip budaya luar dan sesuaikan dengan tekak dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.176285 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list