CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 863|Reply: 7

[Dunia] Wanita, dua anak dikurung selama 17 tahun

[Copy link]
Post time 31-7-2022 08:59 PM | Show all posts |Read mode
Wanita, dua anak dikurung selama 17 tahun


TEMPAT mangsa dikurung selama 17 tahun. FOTO EPA


Rio de Janeiro: Seorang wanita Brazil dan dua anaknya yang ditemukan mengalami dehidrasi dan kekurangan makanan akibat terkurung diselamatkan polis selepas 17 tahun menjadi tahanan lelaki yang juga suami serta bapa mangsa berkenaan.

Pihak berkuasa pada Jumaat menjelaskan bahawa polis dimaklumkan kes itu di kawasan kejiranan miskin di barat Rio de Janeiro.

"Dua remaja yang ditemukan adalah anak kepada wanita itu dan suspek. Mereka semuanya ditemukan dalam keadaan diikat, kekotoran dan kelaparan," kata polis tentera Rio, yang menahan bapa terbabit, dalam satu kenyataan.

Wanita itu dan anak-anaknya, berusia 19 dan 22 tahun menurut media tempatan, dibawa ke hospital dalam keadaan dehidrasi yang serius dan kekurangan zat makanan," kata perkhidmatan kecemasan tempatan.

Menurut laman berita Internet G1, ibu itu memberitahu pihak berkuasa bahawa dia dan anak-anaknya kadangkala tiga hari tidak makan dan kerap menjadi mangsa penderaan fizikal dan psikologi.

Suaminya, bernama Luiz Antonio Santos Silva, yang berkahwin dengannya selama 23 tahun, memberitahunya dia hanya akan meninggalkan rumahnya 'apabila anda sudah mati'," katanya.

Dalam gambar yang diterbitkan oleh media Brazil, dua anak berkenaan kelihatan lebih kecil berbanding usia kerana kekurangan zat makanan.

"Apabila kami melihat keadaan dua anak itu, kami menyangka mereka tidak akan bertahan pun walau hanya seminggu lagi," kata seorang penduduk yang tidak disebutkan namanya di kejiranan Guaratiba, di mana keluarga itu tinggal, memberitahu G1.

Jiran memberitahu pihak berkuasa bahawa suspek diberi nama panggilan DJ kerana dia akan menghidupkan muzik untuk menutup jeritan mangsanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... ung-selama-17-tahun

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2022 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Maknanya dia dan anak2 dikurung sejak anak dia yg kecil tu umur 2 tahun, siannya famili takde ke cari?
Selama tu anak2 tak bersekolah ke?17 tahun hidup menderita camtu
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2022 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2022 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
17 tahun tu.. gile laa
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2022 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
teringat muvi ni

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2022 10:11 PM | Show all posts


bila manusia lebih binatang dari binatang tu sendiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2022 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya… tak dpt bayangkan keadaan mereka
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 09:53 AM | Show all posts
celaka btl jantan nie..cmne blh kantoi tu?

mcm ade cite nie kn..dia slalu dera bini..bila dia tgh dera samada dia bukak lagu@ dia bukak bunyi drill kuat2 konon2 tgh renovate umah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:03 PM GMT+8 , Processed in 1.075313 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list