CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1576|Reply: 12

[Tempatan] ..krisis makanan negara diambang bahaya, titah sultan Nazrin. Napa PM/menteri senyap je?

[Copy link]
Post time 1-8-2022 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sultan Nazrin : Krisis makanan negara di ambang bahaya.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan agar gerakan secara besar-besaran dilakukan untuk memenuhi keperluan bekalan makanan negara yang ketika ini di ambang bahaya.

Baginda bertitah, sekiranya tiada langkah serius dilaksanakan dengan segera, negara akan menghadapi suasana darurat makanan.

Titah baginda, usaha-usaha perlu dilakukan secara bersungguh dan berfokus untuk mengurangkan import selain memperkenalkan langkah-langkah strategik mewujudkan petani generasi baharu, meluaskan kawasan tanaman makanan dan menggalakkan pengeluaran melalui kaedah moden walaupun di atas tanah bersaiz kecil.

Sultan Nazrin : Krisis makanan negara di ambang bahaya
Gambar hiasan
“Pada tahun 1974, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein melancarkan Rancangan Buku Hijau bertujuan mengekang kebergantungan keterlaluan terhadap bahan makanan import.

“Rancangan Buku Hijau ialah satu gagasan penting untuk mengangkat sektor pertanian tanpa menafikan kepentingan sektor lain.

“Malangnya wawasan keselamatan makanan yang dirintis oleh Tun Abdul Razak turut dikuburkan bersama jasadnya. Gagasan yang terkandung dalam Rancangan Buku Hijau wajar dikunjungi, disuntik nafas baharu dan dihidupkan semula,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1444 Peringkat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2022 01:02 PM | Show all posts
mane de krisis makanan
ok je... durian still sold out musang king black thornton
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
tengokla menteri2 MAFI dr parti mana. MAFI ada 3 menteri tp still lembab. asyik ikut ckp kartel penternak/penanam cina je
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri sibok dgn kempen anti merokok utk remaja dan lompat katak geng politaik kot
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada krisis makanan ke..masa pkp elok je..takkan lepas pkp.jd krisis plak..dulu masa pkp kemain aku topop stock makanan sbb baca poromer Suggest simpan stok makanan kering...sampai sos kicao expired x sedar
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tatau la tp tgk food supply berlambak2 je kat grocery stores. Cuma harga la makin naik. Tatau kot sultan maksudkan next year.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2022 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa peranan sultan pulak...dah menteri semua bodoh2 pikir pasal rebut kuasa je PRU
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku hujung minggu ni nk restok ,sardin gan magie.. ni makanan paling laris di rumah..ayam gan daging nk bl lebih nk bt salai.. sayur makan je la bayam Brazil..dah tu je yg hidup..yg lain cako di kucing jiran sebelah rumah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2022 05:12 PM | Show all posts
Dah masing2 sibuk berkempen jamin jawatan je mana nak sibuk pasal benda lain
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 05:42 PM | Show all posts
dia bagi hint untuk jangka panjang lah tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Krisis makanan jangka pnjg ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 06:25 PM | Show all posts
Pak menteri sibuk susun strategi untuk PRU. Waktu sekarang ni memang lah tak nampak lagi krisis nya. Dibuatnya tetiba darurat makanan, baru pak menteri step in ala2 hero malaya. Macam tak biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 06:50 PM | Show all posts
hehe, warganet tak paham maksud kerisis makanan...hehehe
patut la menteli pun camtu..kah kah kah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.086623 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list