View: 938|Reply: 10
|
[Dunia]
Semakin ramai rakyat AS minta bantuan bank makanan
[Copy link]
|
|
PERMINTAAN makan percuma meningkat sejak beberapa bulan lalu. - Getty/RyanJLane
Semakin ramai rakyat AS minta bantuan bank makanan
WASHINGTON – Bank-bank makanan di seluruh Amerika Syarikat (AS) bergelut dengan peningkatan permintaan untuk menyediakan makanan kepada rakyat yang memerlukan, di tengah-tengah rekod inflasi tinggi negara itu, lapor laman berita RT kelmarin.
Perkara tersebut disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Makanan Komuniti Atlanta, Kyle Waid kepada saluran berita Fox News.
“Ia adalah gabungan peningkatan permintaan, kos operasi yang lebih tinggi, namun kurang sokongan daripada kerajaan persekutuan. Ia memberi banyak tekanan kepada bank dan pantri makanan di seluruh negara,” katanya.
Menurut Waid, permintaan di bank makanan yang diwakilinya berkurang pada tahun lalu apabila sekatan pergerakan Covid-19 dimansuhkan dan orang ramai kembali bekerja. Namun, ia meningkat semula sejak beberapa bulan lepas.
“Kami melihat ada individu datang ke bank makanan buat kali pertama dalam hidup mereka. Peningkatan inflasi telah memberi banyak tekanan kepada mereka.
“Mereka ini ialah orang yang pernah berada di barisan untuk membantu mengedar makanan kepada individu lain yang memerlukan dan bukannya beratur untuk mendapatkan makanan,” kata Waid.
Laporan terkini menunjukkan negeri Atlanta tidak bersendirian dalam menghadapi peningkatan permintaan untuk makanan percuma.
Bank Makanan Meridian di Boise di negeri Idaho minggu lalu melaporkan, mereka memberi makan kepada 4,200 orang pada setiap bulan berbanding 2,800 orang pada waktu yang sama tahun lepas.
“Sejak Oktober, kami mengalami peningkatan tiga kali ganda dalam bilangan keluarga untuk setiap bulan. Selain itu, kira-kira 300 daripada 1,800 keluarga yang perlu diberi makan pada Julai merupakan pengunjung kali pertama,” kata Bank Makanan Ekumenikal kawasan Allentown di Pennsylvania pada Khamis lalu.
Sementara itu, Bank Makanan Almeda di California berkata, mereka perlu melayani 1,400 keluarga setiap hari sepanjang bulan lalu sedangkan pada bulan Januari, hanya 890 isi rumah memerlukan perkhidmatan tersebut.
Awal bulan ini, beratus-ratus keluarga berbaris di luar Bank Makanan St Mary di negeri Arizona. Pusat itu memberi perkhidmatan kepada 4,271 keluarga dalam tempoh seminggu, meningkat 78 peratus berbanding waktu yang sama tahun lalu. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/08 ... ntuan-bank-makanan/
|
|
|
|
|
|
|
|
Food bank = bank makanan
|
|
|
|
|
|
|
|
so apa tindakan parti umno usa bagi mengatasi masalah ini? dah bentuk jabatan jihad usa? |
|
|
|
|
|
|
|
golongan B40 amerika la ni eks,
untong la dapat benefit food bank. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo iols tgk citer omputeh, golongan2 miskin kt us ni bole minta social security kan especially kt project. ramai yg x kije mkn duit social security je especially black community |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan haritu ramai2 berenti kerja ke sbb konon2 power to the workers? Sampaikan tak cukup pekerja lah. Sekarang kena pergi food bank pula. |
|
|
|
|
|
|
|
peningkatan populasi biforti la ni nampak nya.. mungkin dah jadi bisiksti lepas peningkatan mendadak inflasi ini |
|
|
|
|
|
|
|
My job kat Walmart..
Organise semua almost expired foods untuk pergi ke bank foods...
Tapi kan kalau kat quebec orang kata tak cukup makan, pandang jelak aje sebab punya banyak kerja, me kenal resto yang hanya buka time summer, summer ni tutup sebab takda tukang masak..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bank Rakyat tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
kat Msia, semua salah dap
di US ini semua CCP China punya pasai
|
|
|
|
|
|
|
|
Trump tak buat foodbank ke?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|