CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 373|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki tular laung azan di tokong ada masalah mental, tak siuman

[Copy link]
Post time 1-8-2022 05:04 PM | Show all posts |Read mode

LELAKI warga tempatan yang tular di dalam video sejak semalam kerana melaungkan azan di hadapan sebuah patung di  tokong Cina di Buterworth, Pulau Pinang disahkan mempunyai masalah mental.

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki warga tempatan yang tular dalam satu rakaman video sejak semalam kerana melaungkan azan di hadapan sebuah patung di tokong Cina di sini, disahkan mempunyai masalah mental dan kurang siuman.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, pengesahan itu dibuat hasil keterangan yang diberikan beberapa saksi.

Beliau berkata, ini kali kedua suspek yang tinggal di Jalan Kilang Ubi dan berusia lewat 40-an itu berbuat demikian selepas kali pertama pada 2017.

“Siasatan lanjut mendapati masyarakat di sekitar kawasan itu juga kebanyakannya mengenali suspek.

“Sehubungan itu, polis ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan apa-apa perbuatan yang boleh menyentuh sensitiviti dan memecahbelahkan keamanan antara kaum serta agama dalam masyarakat di negara ini,” katanya di sini.

Terdahulu, rakaman video berdurasi 58 saat itu tular selepas dimuat naik ke dalam laman Facebook ‘Akademi Penyelidikan Agama Dunia’ kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

Kejadian itu dipercayai berlaku antara 26 hingga 27 Julai lalu di sebuah premis Pertubuhan Yulan di sini, sempena Festival Sambutan Perayaan Hantu Lapar yang disambut pada Julai setiap tahun.

Dalam rakaman tersebut, suspek kelihatan melaungkan azan tanpa mempedulikan keadaan sekeliling termasuk beberapa individu yang sedang merakam gelagatnya. – UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasion ... -mental-tak-siuman/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.043218 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list