CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 585|Reply: 0

[Dunia] Malaysia ke-11 paling tinggi pencerobohan data pengguna

[Copy link]
Post time 1-8-2022 05:21 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Malaysia berada di kedudukan ke-11 negara paling ramai data penggunanya telah dicerobohi pada suku kedua 2022 (S2 22), demikian mengikut kajian terbaru oleh syarikat keselamatan siber Surfshark.

Menurut kajian itu, sepanjang tempoh dikaji dari April hingga Jun 2022, lebih daripada 665,200 pengguna Malaysia telah diceroboh, manakala sejak 2004 terdapat 44.2 juta akaun yang diceroboh.

"Asia Timur mencatatkan peningkatan paling banyak dalam pencerobohan pengguna bagi suku ke suku, dengan Jepun meningkat sebanyak 1,442 peratus, China sebanyak 1,092 peratus, Korea Selatan sebanyak 1,013 peratus dan Malaysia sebanyak 733 peratus," katanya.

Alat interaktif Surfshark menunjukkan bagaimana setiap negara di dunia terkesan dengan pencerobohan, menurut 27,000 pangkalan data yang bocor.

Menurut kajian itu, kemas kini bulanan terbaharu mendedahkan keadaan pencerobohan data pada suku terakhir (S2 22), menempatkan Rusia di tempat pertama di dunia dengan jumlah akaun yang paling banyak diceroboh iaitu 28.8 juta, diikuti oleh India (4.4 juta), China (3.4 juta), Brazil ( 3.2 juta), Amerika Syarikat (2.3 juta), dan Korea Selatan (1.8 juta).

Penyelidik Data di Surfshark, Agneska Sablovskaja, berkata di Asia Tenggara, setiap dua orang, atau 64 daripada setiap 100, telah terjejas dengan pencerobohan data ini.

"Bagaimanapun, di Malaysia, jumlah ini meningkat kepada 138 bagi setiap 100 orang. Secara statistik, rata-rata rakyat Malaysia telah terjejas oleh pencerobohan data sekurang-kurangnya sekali," katanya.

Menurut kajian itu lagi, pencerobohan pengguna global adalah dua peratus lebih tinggi pada suku ini daripada yang lalu.

"Pada S1 22, 450 akaun telah diceroboh setiap minit. Bagaimanapun, pada S2 22, 459 akaun telah diceroboh setiap 60 saat.

"Trend di Malaysia adalah tidak berbeza. Kadar pencerobohan adalah 733 peratus lebih tinggi pada S2 22 berbanding pada S1 22, meningkat daripada satu kepada lima akaun yang diceroboh dalam seminit.

"Analisis Surfshark menunjukkan bagaimana pencerobohan data di Malaysia terus berkembang dengan pesat, terutamanya berdasarkan dakwaan pencerobohan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) baru-baru ini, yang mengandungi maklumat 22.5 juta rakyat Malaysia yang dilahirkan antara 1940 dan 2004," katanya.

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/08/983067/malaysia-ke-11-paling-tinggi-pencerobohan-data-pengguna



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.051689 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list