View: 769|Reply: 3
|
[Tempatan]
Bukan bersifat punitif, KKM turunkan denda 'perokok muda' kepada RM500
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju meminda kuantum denda bagi kesalahan dilakukan generasi yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya atau dikenali Generasi Penamat (GEG) dalam Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 kepada RM500 atau perintah khidmat masyarakat berbanding peruntukan asal sebanyak RM5,000.
Menterinya Khairy Jamaluddin berkata, ia susulan perbincangan dan persetujuan serta kompromi secara bersama antara KKM dan Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial Parlimen pada hari ini.
"Bagi memastikan akta yang berkuat kuasa selepas ini tidak dilihat bersifat punitif, kesalahan yang dilakukan golongan GEG hanya menetapkan denda maksimum RM500 atau khidmat masyarakat malah apa-apa kesalahan yang dilakukan golongan ini akan terlebih dahulu ditawarkan kompaun," katanya ketika membentangkan rang undang-undang itu bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata, KKM juga bersetuju melakukan pindaan dalam peringkat Jawatankuasa Dewan Rakyat untuk menghalang pemeriksaan badan dilakukan ke atas mana-mana individu yang belum mencapai usia 18 tahun.
Selain itu, katanya, peruntukan bagi kesalahan pemilikan apa-apa produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok juga akan dipinda.
Disiarkan pada: Ogos 1, 2022 @ 8:17pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/08/867273/kkm-setuju-pinda-ruu-kawal-produk-tembakau-kurangkan-denda-ke-rm500
|
|
|
|
|
|
|
|
Caprice ckp never trust this bill |
|
|
|
|
|
|
|
Pengemis Muda Sheila Majid tersenyum sinis  |
|
|
|
|
|
|
| |
|