Sumber Oh My Media
Perkongsian sebuah video menerusi TikTok memaparkan situasi ketika sesi pecah guni 'bundle' di Parit Raja, Batu Pahat baru-baru ini menerima kecaman ramai apabila ada wanita dan lelaki masing-masing 'bertarung' untuk mendapatkan pakaian murah.
Kekecohan itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan segelintir netizen yang beranggapan wanita yang bertudung itu seolah-olah memalukan diri sendiri kerana tidak memikirkan ikthilat dengan pembeli lelaki serta membahayakan diri.
Tidak dinafikan, ada sesetengah pakaian yang walaupun terpakai tetapi mempunyai nilai jualan tinggi hingga mencecah ribuan ringgit. Ada kemungkinan, mereka yang bersaing untuk mencari barang 'jackpot' itu adalah 'reseller'.
Namun, kurang manis rasanya bagi wanita untuk menyertai aktiviti seperti itu apatah lagi tenaga lelaki lebih kuat dan bimbang tanpa sengaja mencederakan mereka. -CARI
|