CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 745|Reply: 5

[Tempatan] Kos Projek MRT3 berharga RM50.2 bilion, siap 2030

[Copy link]
Post time 2-8-2022 01:11 PM | Show all posts |Read mode
MRT3 berharga RM50.2b, hampir RM1b setiap km

PARLIMEN | Dewan Rakyat hari ini diberitahu, projek Mass Rapid Transit 3 (MRT3) dianggarkan menelan belanja RM50.2 bilion secara keseluruhan.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata RM8.4 bilion daripadanya membabitkan kos pengambilan tanah, manakala RM5.6 bilion lagi adalah untuk pengurusan projek.

Kos pembinaan pula, katanya, menelan belanja RM34.3 bilion.

“Namun kos sebenar akan dimuktamadkan selepas proses tender terbuka selesai,” kata Tengku Zafrul.

Senator itu berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) yang meminta pecahan kos MRT3. Fahmi yang juga ketua penerangan PKR turut bertanya sama ada kebenaran parlimen akan diminta atau sebaliknya untuk projek itu.

Soalan kedua tidak dijawab Tengku Zafrul.

Pada harga RM50.2 bilion untuk laluan sepanjang 51km, MRT3 dijangka menjadi projek rel paling mahal dalam sejarah Malaysia setakat ini jika diukur berdasarkan perbelanjaan bagi setiap kilometer.

Sebagai perbandingan, Laluan Rel Pantai Timur sepanjang 665km dianggarkan menelan belanja RM50 bilion, manakala projek MRT1 sepanjang 47km menelan belanja sekitar RM22 bilion.

MRT3 direka semasa pentadbiran Najib Razak sebagai perdana menteri tetapi tender hanya dibuat ketika zaman Ismail Sabri Yaakob. Penyerahan tender dijangka dibuat pada Ogos ini.

MRT3 mempunyai laluan bulatan yang bertujuan untuk "melengkapkan" rangkaian rel bandar Kuala Lumpur dengan menghubungkan laluan MRT, LRT, KTM dan monorel sedia ada.

Satu perlima daripada barisan akan berada di bawah tanah dan projek itu dijangka siap pada 2030.

https://www.malaysiakini.com/news/630524



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2022 01:25 PM | Show all posts
malaysikini ni pun ngok tanah sekaki lembah klang area bandar.

nak compare

dengan tanah sekaki status pertanian dekat pantai timur.

nanti kata bodoh mahacai marah-marah.

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 02:48 PM | Show all posts
Edited by batu kikir at 2-8-2022 02:49 PM

Aku bukan tak suka pembangunan. Suka.
Tapi terlalu banyak "rail" projects ni pun satu hal
ECRL....aku jamin gajah putih.
MRT SBK ..... tak ramai manapun penumpang dia
Same goes to MRT SBP.....setakat penuh pergi balik kerja je la
Now.....MRT3
Problem is penduduk Lembah Kelang ni suka drive dari naik public transport
Kalau Kerajaan kenakan toll untuk masuk keluar KL.....mungkin ini bolih increase penumpang.....
If not............projek2 yg menelan berbillion ni (mungkin lebih RM200 billion in total) ini tak mencapai matlamatnya.

P/s Cost of running rail systems is very expensive. In most countries, operators suffer losses
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 05:42 PM | Show all posts
batu kikir replied at 2-8-2022 02:48 PM
Aku bukan tak suka pembangunan. Suka.
Tapi terlalu banyak "rail" projects ni pun satu hal
ECRL....ak ...

harap2 bila dah siap ECRL ni, gaji kita dah sama mcm singapore dan korea selatan la, tambang ecrl utk sekepala bukan nya murah semurah nya, let say satu kepala kena 150 hinggit sehala, kalo satu family ada 5 org maunya tersontot nak bayar balik kampung, baik balik naik keta je tambang pulak minyak murah ron95
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolong kembalikan semula projek keretapi laju KL-Singapore
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn. replied at 2-8-2022 05:42 PM
harap2 bila dah siap ECRL ni, gaji kita dah sama mcm singapore dan korea selatan la, tambang ecrl  ...

Exactly Totok.
Mula2 je berkerumun naik ECRL...... lama2 bawa kereta jugak la especially family. Kos lagi murah
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.868695 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list