View: 1941|Reply: 19
|
[Tempatan]
Terkini: Nancy Pelosi, delegasi Kongres AS tiba di Malaysia ketika krisis dengan China memuncak
[Copy link]
|
|
Speaker Dewan Perwakilan AS Nancy Pelosi dan delegasinya tiba di pangkalan TUDM Subang pada 10.30 pagi tadi. (Gambar AP)
KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi diiringi delegasi kongres tiba hari ini sebagai sebahagian daripada rangka lawatan rasmi ke empat negara Asia.
Pesawat khas yang membawa Pelosi dan delegasinya mendarat di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dekat sini pada 10.30 pagi.
Ketibaan Pelosi, 82, yang mengenakan sut merah jambu, disambut Timbalan Speaker Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon. Turut hadir ialah Duta AS ke Malaysia Brian D McFeeters.
[L
Lawatan ini adalah yang pertama bagi Pelosi ke Malaysia. Turut serta dalam delegasinya ialah pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan Rakyat, Gregory Meeks.
Pelosi ialah pemimpin nombor tiga dalam senarai pengganti presiden dan satu-satunya wanita yang pernah berkhidmat sebagai Speaker dewan.
Kuala Lumpur menjadi lokasi persinggahan kedua Pelosi selepas melawat Singapura semalam sebelum ke Korea Selatan dan Jepun.
Ketika berada di sini, beliau dijangka mengadakan kunjungan hormat ke atas Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun di bangunan Parlimen pada tengah hari sebelum makan tengah hari bersama Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di sebuah hotel terkemuka di sini.
“Lawatan itu antara lain akan menumpukan kepada isu keselamatan bersama, perkongsian ekonomi dan tadbir urus demokratik di rantau Indo-Pasifik,” menurut kenyataan akhbar pejabat Pelosi.
AS menjalin hubungan diplomatik dengan Malaysia pada 1957 berikutan kemerdekaan Malaya daripada Britain.
Pada April 2014, hubungan dua hala Washington dan Kuala Lumpur dinaik taraf kepada Perkongsian Komprehensif. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 2-8-2022 02:44 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
surfin_net82 replied at 2-8-2022 02:42 PM
Biar betul umur 82?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
iolss pun gigih dok google tadi. ingatkan typo ke apa.

nampak gagah lagi utk umur 82 tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah sampai sini rupanya oyang ni semalam di Singapura sebab tak jadi ke Taiwan dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Aljazeera dok bincang pasal lawatan ni |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 2-8-2022 06:31 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
KIM.K replied at 2-8-2022 06:28 PM
Aljazeera dok bincang pasal lawatan ni
Dia citer apa? US nk rekrut Malaysia join ke? |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 2-8-2022 06:31 PM
Dia citer apa? US nk rekrut Malaysia join ke?
Dok buat pertimbangan Pelosi mai sini saja. Yang tu je masuk otak
Sambil ahli parlimen tersengih2 belaka macam kerang busuk |
|
|
|
|
|
|
|
acik ni kenapa ada report jumpa art harun kat hotel?abih tu ada video dia pegi parlimen tu jumpa sapa?kinabatangan?pasir salak? |
|
|
|
|
|
|
|
Laki dua ni ada skandal insider trading, tapi tak kena tangkap pulak... |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 2-8-2022 07:48 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by mojarean_X at 2-8-2022 07:50 PM
Ismail Sabri, Pelosi nyata penghargaan hubungan dua hala Malaysia-AS, mahu pererat kerjasama
Ismail Sabri dan Pelosi bertemu pada majlis jamuan tengah hari sempena meraikan Pelosi yang dalam rangka lawatan rasmi ke Malaysia pada Selasa. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) menghargai hubungan dua hala yang telah sekian lama terjalin dan akan terus bekerjasama dalam aspek keselamatan dan kemakmuran ekonomi.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi berkata demikian pada majlis jamuan tengah hari sempena meraikan Pelosi yang dalam rangka lawatan rasmi ke Malaysia di sini, Selasa.
Pelosi dan delegasi kongresnya tiba di Malaysia pada Selasa sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi ke empat negara Asia.
Ismail Sabri dalam ucapan alu-aluannya berkata kedua-dua pihak mempunyai hubungan yang baik dan menjadi rakan kongsi penting dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, pelaburan, kesihatan dan pertahanan.
Perdana menteri berkata perkongsian itu terus diperkukuhkan lagi dan semakin erat susulan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS yang diadakan di Washington D.C dari 12 hingga 13 Mei baru-baru ini, sekali gus menjadikan ASEAN semakin dekat dengan AS.
Perkongsian itu terus diperkukuhkan menerusi kerjasama diplomasi vaksin menyaksikan AS telah menyumbangkan satu juta dos vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 kepada Malaysia untuk membantu negara memerangi wabak itu.
Selain itu menerusi kerjasama pertahanan, AS telah memberi pelbagai bantuan setakat ini, termasuk geran bernilai US$200 juta, katanya.
"Seperti kita tahu, Malaysia dan AS mempunyai hubungan baik dan merupakan rakan kongsi yang penting dalam semua bidang. Dalam bidang ekonomi dari segi pelaburan AS merupakan pelabur terbesar dalam negara," katanya ketika berucap menggunakan bahasa Melayu.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Perdana menteri turut mengucapkan terima kasih kepada Pelosi dan delegasinya atas lawatan sulungnya ke Malaysia dalam usaha untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tak lama lagi.. wakil China pula datang mohon sokongan. Standard gameplay geopolitik dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 2-8-2022 07:38 PM
acik ni kenapa ada report jumpa art harun kat hotel?abih tu ada video dia pegi parlimen tu jumpa sa ...
Nancy Pelosi ni house speaker kat sana. Jawatan lebih kurang sama dengan art harun. |
|
|
|
|
|
|
|
Isu pemerdagangan manusia ni mmg terpalit dengan Malaysia disebabkan byk abuse dan majikan terlampau bergantung kepada pekerja asing. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tau deyols rakan sejawat cuma aku pelik kenapa dlm artikel lain sblm ni tulis art harun jumpa kat hotel sedangkan mmg jumpa kat parlimen sama dgn pm sekali.yg hotel rupanya cuma utk lunch je.
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 3-8-2022 01:00 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
alesandra replied at 3-8-2022 12:23 PM
aku tau deyols rakan sejawat cuma aku pelik kenapa dlm artikel lain sblm ni tulis art harun jumpa ...
Kt jhotel ada Ismail Sabri. Mungkin kalo PM jumpa Nancy Pelosi di hotel menunjukkan perjumpaan tersebut bkn sesuatu yg rasmi. Malaysia kena bijak main peranan dlm situasi geopolitik di rantau supaya x mahu kelihatan memihak mana pihak2. Di Singapore, both Presiden dan PM bg sambutan rasmi di Istana Presiden. Kt malaysia sambutan rasmi hanya di parlimen je jumpa rakan sejawat dia, langsung x dijemput ke Putrajaya. Situ pun dh nmpk Malaysia x overly welcome Nancy Pelosi even dia turun Subang pun x de red carpet. |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 3-8-2022 01:00 PM
Kt jhotel ada Ismail Sabri. Mungkin kalo PM jumpa Nancy Pelosi di hotel menunjukkan perjumpaan ter ...
Bijak ke penakut?sbb takut big brother sentap?tapi singapore ,philippines vietnam allies us lagi kuat dari kita yg fuckedup ni. |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 3-8-2022 02:04 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
alesandra replied at 3-8-2022 01:55 PM
Bijak ke penakut?sbb takut big brother sentap?tapi singapore ,philippines vietnam allies us lagi ...
X de sebab kita nk berpihak pd mana2. Selagi boleh berkecuali teruskan jelah |
|
|
|
|
|
|
| |
|