CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 440|Reply: 1

[Pulau Pinang] Warga Rohingya didakwa amang seksual, rogol kanak-kanak

[Copy link]
Post time 2-8-2022 05:47 PM | Show all posts |Read mode
Warga Rohingya didakwa amang seksual, rogol kanak-kanak
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 02 Ogos 2022




Ibrahim (kanan) diiringi anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Butterworth, pada Selasa.


BUTTERWORTH - Seorang tukang sapu warga Rohingya mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan melakukan amang seksual dan rogol terhadap dua adik beradik perempuan bawah umur yang tinggal berhampiran rumahnya.


Tertuduh, Ibrahim Abul Salam, 55 membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof


Mengikut kertas pertuduhan pertama, Ibrahim didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun enam bulan di sebuah rumah di Seberang Perai Tengah pada 11 pagi, 24 Julai lalu.


Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa merogol mangsa yang sama di lokasi yang sama antara Januari hingga Disember tahun lalu.


Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga dan keempat iaitu melakukan amang seksual fizikal dan merogol seorang lagi kanak-kanak perempuan yang juga adik kepada mangsa pertama yang berusia lapan tahun tiga bulan.


Kesalahan amang seksual fizikal berkenaan didakwa dilakukan pada 25 Julai lalu, pada 1 tengah hari, manakala kejadian rogol pula antara Januari hingga Disember tahun lalu yang ia berlaku di lokasi sama.


Untuk kesalahan amang seksual, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun tahun dan juga sebat.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan juga sebat, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Syeqal Che Murat, manakala tertuduh diwakili peguam, Rafael Abdullah.


Ketika prosiding pihak pendakwaan memohon kepada mahkamah supaya tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh bagi melindungi mangsa berikutan tertuduh tinggal berhampiran kediaman mangsa, selain mahu menjaga saksi-saksi lain.


Peguam tertuduh pula memaklumkan bahawa pihaknya tidak bercadang memohon sebarang jaminan ketika ini dan akan meneliti semua dokumen yang akan diperolehnya kelak untuk tindakan lanjut.


Mahkamah kemudiannya menetapkan tertuduh tidak boleh diikat jamin serta kes akan disebut semula pada 2 September hadapan untuk laporan perubatan dan serahan dokumen.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... l-rogol-kanak-kanak
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2022 06:32 PM | Show all posts
korg buang masa ja kes nie....ikat pastu buang laut xda sapa cari eh....

btw dia ada ic ka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.244411 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list