CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 746|Reply: 1

[Jenayah] Penceramah bebas terkenal Zamri Vinoth mengaku tidak bersalah ugut, cederakan wanita

[Copy link]
Post time 2-8-2022 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

KANGAR: Seorang lelaki yang juga penceramah bebas dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Kangar hari ini atas dua pertuduhan mengugut serta menyebabkan kecederaan ke atas seorang wanita dalam kejadian bulan lalu.

Tertuduh, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu, 38, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Majistret Siti Norhasliza Md Ali.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang juga Ketua Pegawai Eksekutif One Center Malaysia Perlis didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas mangsa iaitu wanita berusia 38 tahun di sebuah rumah di Jalan Melati Indah, Beseri pada pukul 5 petang 14 Julai lalu.Perbuatan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Manakala pertuduhan kedua, Muhammad Zamri didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut untuk membunuh.

Bagi pertuduhan ini tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dimana memperuntukkan hukuman penjara sehingga tempoh tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nordin Ismail manakala Muhammad Zamri diwakili peguam Syed Muhammad Anwar Syed Lokman.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan Muhammad Zamri diikat jamin RM6,000 bagi dua pertuduhan itu dengan seorang penjamin serta pasport diserahkan kepada mahkamah.

Tertuduh juga dikehendaki melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 23 Ogos depan untuk tarikh sebutan semula kes.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2022 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekali Muthu daaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.056227 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list