CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1370|Reply: 7

'Duit Boleh Dicari, Bila Lagi Nak Bawa Bayi 6 Bulan Daki Gunung?'

[Copy link]
Post time 2-8-2022 11:26 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita di Indonesia menjadi mangsa kecaman netizen kerana membawa bayinya yang baru berusia enam bulan mendaki  gunung, lapor laman berita Berita Hits hari ini.


Berdasarkan klip video dikongsikan di laman Twitter dan Instagram, sekumpulan pendaki dilihat berjalan menuruni sebuah kawasan pergunungan.




Foto: IG @admin_igtainment




Salah seorang pendaki wanita dilihat menggendong bayinya yang sedang tidur sambil berjalan menuruni kawasan pergunungan dipenuhi pokok pine.


Dia yang turut ditemani suami,  menyelimutkan anaknya bagi mengelakkan bayi tersebut kesejukan.


“Duit boleh dicari, bila lagi mahu bawa bayi enam bulan mendaki gunung untuk pertama kali?” demikian menurut keterangan pada hantaran tersebut.


Hantaran itu menjadi tular dengan sesetengah netizen mengecam tindakannya, namun ada juga yang menyokong wanita itu.





IG @admin_igtainment



“Bagi saya, persekitaran dan pelbagai perkara lain di atas gunung belum tentu sesuai untuk bayi,” kata seorang netizen.


“Di luar negara, ramai ibu bapa  membawa bayi mereka naik gunung dan mengembara secara ‘backpacking’. Hal mereka jangan dicampur. Alhamdulillah jika tiada perkara buruk yang berlaku. Teruskan usaha anda,” kata seorang pengguna lain.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2022 04:11 PM | Show all posts
Caprutnya berita ini sampai sendu takde org komen kecuali meolls
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 04:48 PM | Show all posts
KamikuP replied at 4-8-2022 04:11 PM
Caprutnya berita ini sampai sendu takde org komen kecuali meolls

C-A-P-R-U-T




Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 04:54 PM | Show all posts
Edited by Samerosie at 4-8-2022 05:15 PM

Speechless.

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 05:17 PM | Show all posts
Lantak ler anak dia zaman sekarang bukan boleh lebih2 nak nasihatkan orang
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh dari dulu dah hada yang buat ni. Kokesen pun buat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2022 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ummah nusantara memang haibat. Naik gunung pakai gitu ja macam nak pi pasar.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
lorr..aku pun dulu bawa anak 6 bln hiking dan camping 2-3 mlm.. tapi bukan kt Msia ler.. ramai jer mat saleh buat mcm tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.130503 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list