CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1699|Reply: 9

[Dunia] Terkini: Nancy Pelosi, delegasi Amerika Syarikat selamat tiba di Taiwan

[Copy link]
Post time 3-8-2022 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 3-8-2022 12:40 AM


TAIPEI : Pesawat Tentera Udara Amerika Syarikat (AS), yang membawa Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi dan delegasinya selamat mendarat di Lapangan Terbang Shongshan, Taipei, Taiwan pada jam 10.43 malam.

Terdahulu pesawat itu berlepas dari Malaysia dan menuju ke Taiwan bagi meneruskan siri lawatan seterusnya yang menjadi tumpuan dunia berikutan mencetuskan ketegangan antara AS dan China.

Pesawat itu menjadi penerbangan yang paling dijejaki menerusi laman web pengesan penerbangan, Flightradar24 pada hari ini.


Dua hotel telah ditempah untuk penginapan para delegasi kongres dan pegawai AS.

Beijing sebelum ini telah menghantar mesej menggesa ahli Parlimen AS itu membatalkan lawatannya, yang tidak termasuk dalam atur cara lawatan rasminya ke empat negara Asia.

Pelosi melawat Singapura pada Isnin, sebelum berkunjung ke Malaysia dan dijadual melawat Korea Selatan dan Jepun.

Kunjungan Pelosi, 82, itu menjadikan beliau ahli politik AS berpangkat tinggi pertama yang melawat Taiwan untuk tempoh 25 tahun.

Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Tsai Ing-wen dan ahli politik Taiwan.

Kali terakhir ahli politik AS melawat Taiwan ialah ketika kunjungan Newt Gingrich dari Republikan pada tahun 1997.

Pegawai tertinggi Taiwan berdiam diri mengenai kunjungan Pelosi, seingga menimbulkan kebimbangan Beijing.

China menganggap Taiwan sebagai sebahagian "wilayahnya yang terpisah."

Beijing telah memberi amaran bahawa tenteranya "tidak akan berdiam diri" jika "kedaulatan dan integriti wilayahnya" terancam dan Washington perlu bertanggungjawab terhadap sebarang tindak balas yang mungkin diambil China.

China dikatakan telah mengadakan beberapa sesi latihan ketenteraan berhampiran Taiwan sejak spekulasi mengenai lawatan itu timbul.

Minggu lalu, Presiden China Xi Jinping memberitahu rakan sejawatannya dari AS Joe Biden "jangan bermain api" berhubung isu Taiwan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2022 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Mai kita pakat tengok wayang gambaq apa hat cina nak bagi lepaih ni. Berani ka nak pi bom taiwan masa amareka dok ada situ?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 02:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kam3n at 3-8-2022 02:57 AM

Semalam ada beberapa website kerajaan taiwan down sekejap kena serangan ddos kan. Hari ni nampak update ni:



Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 03:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Dua gajah tak see eye to eye....tikus dibawah yg bakal kena pijak......
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Laknatullah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2022 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Mainland xberani tembak pesawat heshe ke? Haritu berdegar2 ckp nk tembak
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Utk nyang umur 82 sheols nampak masih gagah dan sihat berjalan ke sana sini.
Selalu acik2 umur 60an kat sini pun dah kena bawak bekal kusi lipat dlm keta sbb tak larat nak berdiri bila g mana2.
Tapi Nyang Pelosi masih aman2 buat siri lawatan bagai yaa, siap pi dekat2 ngn negara seteru lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2022 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
DNA genetic spesis nusantara senang mereput 60-70 sudah kiok
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 11:57 AM | Show all posts
Jauh betul pusingannya banyak negara harus direntasnya sebelum sampai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.308432 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list