CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 343|Reply: 0

[Tempatan] Hospital Baling terjejas banjir kilat, 2 PPS dibuka

[Copy link]
Post time 3-8-2022 08:38 AM | Show all posts |Read mode
Hospital Baling terjejas banjir kilat, 2 PPS dibuka


GAMBAR hiasan. FOTO Facebook


Baling: Banjir kilat yang melanda daerah ini sejak petang tadi turut mengakibatkan operasi Hospital Baling di sini, terjejas.

Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo berkata, air mula memasuki kawasan hospital mulai 8.30 malam tadi.

Katanya, keadaan itu berpunca akibat limpahan air Sungai Baling yang berlaku susulan hujan lebat sejak lewat petang tadi.

"Berikutan itu, beberapa unit kuarters, bilik persalinan dan Taska Hospital Baling dinaiki air banjir.

"Bagaimanapun, keadaan adalah terkawal dan air banjir mulai surut ketika ini," katanya dalam kenyataan malam ini.

Dr Othman berkata, kakitangan Hospital Baling kini giat melakukan kerja pembersihan bermula malam ini dan dijangka diteruskan sehingga pagi esok.

Difahamkan, operasi semua perkhidmatan kesihatan di Hospital Baling tidak terjejas berikutan kejadian berkenaan.

Sementara itu, sembilan keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS), membabitkan PPS Sekolah Kebangsaan Tunku Puan Habsah dan PPS Dewan Tun Abdul Razak.

Lima keluarga berpindah ke PPS Sekolah Kebangsaan Tunku Puan Habsah dan empat keluarga berpindah ke PPS Dewan Tun Abdul Razak.

Bagaimanapun jumlah mangsa masih dalam bancian.

Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Lt (PA) Mohd Dzulhaidy Khalil berkata, pihaknya menerima laporan banjir di Kampung Batu Tujuh, Telok Sanau, Charok Juan dan Bendang Sera.

"Hujan lebat selama dua jam sejak 5 petang tadi menyebabkan penempatan penduduk berdekatan tebing sungai dilimpahi air," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kilat-2-pps-dibuka

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.375189 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list