CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 376|Reply: 1

[Dunia] Ratusan ribu kanak-kanak di Sri Lanka kurang zat

[Copy link]
Post time 3-8-2022 08:40 AM | Show all posts |Read mode
Ratusan ribu kanak-kanak di Sri Lanka kurang zat


Ratusan ribu kanak-kanak di Sri Lanka kurang zat. FOTO AFP

Colombo: Sri Lanka mengeluarkan rayuan segera bagi menangani masalah kekurangan zat makanan yang menular dengan pantas dalam kalangan kanak-kanak negara itu, ketika krisis ekonomi menyebabkan sembilan daripada 10 orang bergantung kepada pemberian kerajaan.

Kementerian Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak berkata, mereka sedang mencari sumbangan peribadi untuk memberi makan kepada beberapa ratus ribu kanak-kanak yang menjadi lemah akibat makanan yang tidak mencukupi.

Negara muflis yang bergelut dengan krisis ekonomi terburuk sejak merdeka itu tidak dapat mengekalkan kebajikan kepada rakyatnya.

"Apabila wabak Covid-19 berada di kemuncaknya, masalahnya teruk, tetapi sekarang, dengan krisis ekonomi, keadaannya jauh lebih teruk," kata setiausaha, Neil Bandara Hapuhinne kepada pemberita di Colombo.

Hapuhinne berkata, seramai 127,000 kanak-kanak kekurangan zat makanan dalam kalangan 570,000 kanak-kanak perempuan dan lelaki di bawah usia lima tahun pada pertengahan 2021.

Sejak itu, beliau menganggarkan jumlah itu meningkat beberapa kali ganda dengan kesan penuh inflasi yang berleluasa dan kekurangan makanan serta keperluan lain yang teruk.

Katanya, jumlah mereka yang menerima pemberian terus daripada negeri meningkat hampir dua kali ganda pada tahun lalu, dengan lebih 90 peratus penduduk kini bergantung kepada bantuan kewangan kerajaan, termasuk kira-kira 1.6 juta kakitangan kerajaan.

Inflasi Sri Lanka secara rasmi diukur pada tahap 60.8 peratus pada Julai, namun pakar ekonomi sektor swasta berkata, ia lebih 100 peratus dan kedua tinggi selepas Zimbabwe.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) juga mengeluarkan rayuan bagi mendapatkan pembiayaan dan menyatakan kanak-kanak di Sri Lanka terjejas secara tidak seimbang oleh krisis ekonomi yang teruk.

Negara itu kehabisan pertukaran asing untuk membiayai import penting pada akhir tahun lalu dan Colombo gagal membayar hutang asing sebanyak AS$51 bilion (RM227.1 bilion) pada pertengahan April.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... ri-lanka-kurang-zat

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2022 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
gara2 mgharamkan baja niitrogen
nasib baik petani belanda bangkit mengamuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.044934 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list