CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 627|Reply: 1

[Dunia] Jangan keterlaluan – White House

[Copy link]
Post time 3-8-2022 08:45 AM | Show all posts |Read mode

PELOSI berjabat tangan dengan Presiden Singapura, Halimah Yacob (kanan) di Istana Presiden, Singapura kelmarin. - AFP

Jangan keterlaluan – White House

WASHINGTON – White House memberi amaran kepada China kelmarin supaya tidak keterlaluan dalam  tindak balasnya  berhubung kunjungan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi ke Taiwan.

White House berkata, Pelosi berhak  melawat pulau yang mengamalkan pemerintahan sendiri itu walaupun Beijing menganggapnya sebagai provokasi.

“China tidak perlu mengubah lawatan Pelosi menjadi krisis,” kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara White House, John Kirby kepada pemberita ketika beliau memberi amaran bahawa Beijing akan bertindak untuk mempamerkan tenteranya di sekitar Taiwan.

Laporan media menyebut bahawa Pelosi yang sedang dalam rangka lawatan ke Asia, akan singgah di Taiwan dan bertemu Presiden Tsai Ing-wen hari ini. Sekiranya pertemuan mereka berlangsung, Pelosi akan menjadi pegawai  AS  tertinggi melawat Taipei sejak beberapa dekad lalu.

Beijing yang menganggap Taiwan sebagai wilayahnya, menentang keras kunjungan itu dan memberi amaran kepada Presiden Joe Biden bahawa pentadbiran beliau ‘bermain dengan api’ serta mengumumkan siri latihan tentera China yang menggunakan peluru hidup  di Selat Taiwan.

Walaupun White House dan Jabatan Negara tidak bersetuju dengan lawatan Pelosi, namun Kirby menegaskan bahawa Speaker tersebut bebas pergi ke mana sahaja yang beliau mahu.

“Speaker AS berhak melawat Taiwan. Tiada sebab untuk Beijing menjadikan kunjungan berpotensi itu menjadi satu krisis,” tegasnya.

Kirby juga memetik maklumat risikan bahawa China bersiap sedia untuk melakukan provokasi ketenteraan termasuk melancarkan peluru berpandu ke Selat Taiwan atau pencerobohan besar-besaran ruang udara Taiwan.

Pelosi memulakan rangka lawatannya kelmarin dengan berkunjung ke Singapura di mana Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa pertemuan mereka, menggesa beliau berusaha untuk mengekalkan hubungan yang ’stabil’ dengan Beijing.  Pelosi juga akan singgah di Malaysia, Korea Selatan dan Jepun tetapi prospek lawatan beliau ke Taiwan menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa. – AFP

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/08 ... laluan-white-house/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2022 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Cayalah Kak Limah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.400821 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list