CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1111|Reply: 5

Dah 22 tahun tak mandi

[Copy link]
Post time 3-8-2022 09:03 AM | Show all posts |Read mode
Dah 22 tahun tak mandi



DHARAMDEV Ram dikenali kerana tabiatnya yang tidak mandi sejak 22 tahun lalu. FOTO Agensi

New Delhi: Seorang lelaki warga emas dari Bihar, India dikenali kerana tabiatnya yang tidak mandi sejak 22 tahun lalu.

Oddity Central melaporkan, semua orang terdekat tahu tabiat Dharamdev Ram tetapi tiada siapa yang mengejek atau mempersoalkannya.

Sebaliknya, mereka menghormati keputusan lelaki berusia 62 tahun itu.

Ram dikatakan sudah berikrar dan enggan mandi sehingga keganasan terhadap wanita, pertikaian tanah dalam kalangan lelaki, dan pembunuhan haiwan yang tidak bersalah dihentikan.

Oleh kerana masalah itu belum berakhir, Ram terus berpegang dengan ikrarnya itu.

"Pada 1975, saya bekerja di sebuah kilang di Jagdal, Bengal, dan berkahwin pada 1978 serta menjalani kehidupan normal.

"Bagaimanapun pada 1987, saya menyedari konflik pertikaian tanah, pembunuhan haiwan, dan kekejaman terhadap wanita mula meningkat.

"Bagi mencari jawapan, saya mendekati seorang 'Guru' yang mengambil saya sebagai muridnya dan beliau memberi inspirasi untuk mengikuti jalan pengabdian. Sejak itu, saya menuju ke jalan pengabdian dan mula bermeditasi," katanya.

Bermula pada 2000, Ram berjanji untuk menahan diri daripada mandi.

Malah, Ram juga berhenti kerja di kilang sebelum kembali bekerja di tempat lain kerana tekanan daripada keluarganya sendiri.

Malangnya, Ram dipecat selepas tabiatnya yang tidak mandi diketahui menyebabkan dia menganggur.

Isteri Ram, Maya Devi, meninggal dunia pada 2003.

Beberapa tahun kemudian, seorang anak lelakinya meninggal dunia namun dia tidak melanggar ikrar dan terus dengan tabiat sama.

Wartawan berkunjung ke Baikunthpur, di daerah Gopalganj Bihar untuk menemubual Ram dan beberapa penduduk tempatan, yang semuanya mengesahkan dia tidak mandi lebih dua dekad.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -22-tahun-tak-mandi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2022 09:07 AM | Show all posts


Sungguh molia perjuanganmu Pacek.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau Mandi ke Tak .dunia tetap berjalan seperti biasa
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo mogoklah ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 03:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian. Ram n guru dia sama2 bodoh ko buat mcm tu apa kesan pd kes2 jenayah td?? Itu la berguru dgn org yg salah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts

Rugila...tak dapat mandilanjey pocik ni


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 3.969220 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list