View: 298|Reply: 0
|
[Dunia]
Pemimpin al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri maut dalam serangan dron CIA
[Copy link]
|
|
Ayman al-Zawahiri membantu menyelaras serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York pada 11 Sept 2001 yang meragut hampir 3,000 nyawa. (Gambar Reuters)
WASHINGTON: Pemimpin al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri terbunuh dalam serangan dron Agensi Perisikan Pusat (CIA) di Afghanistan hujung minggu lalu, kata pegawai Amerika Syarikat (AS) hari ini.
Ia merupakan tamparan terbesar buat kumpulan itu sejak pengasasnya, Osama bin Laden terbunuh pada 2011.
Zawahiri, pakar bedah Mesir yang diburu dengan ganjaran USD25 juta, membantu menyelaras serangan pada 11 Sept 2001 yang meragut hampir 3,000 nyawa.
Pegawai AS yang enggan dinamakan berkata, CIA melancarkan serangan dron di ibu negara Afghanistan, Kabul pada Ahad lalu.
“Operasi itu berjaya dan tiada kemalangan jiwa membabitkan orang awam,” kata pegawai kanan pentadbiran itu.
Tidak jelas bagaimana AS, yang tidak mempunyai pasukan tentera di negara itu, mengesahkan Zawahiri sudah terbunuh.
Terdapat beberapa khabar angin berhubung kematian Zawahiri sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan kesihatannya dilaporkan tidak berada dalam keadaan baik.
Kematiannya menimbulkan persoalan sama ada Zawahiri mendapat perlindungan daripada Taliban selepas mereka menawan Kabul pada Ogos 2021.
Serangan dron itu adalah serangan pertama AS di Afghanistan yang diketahui sejak tentera dan diplomatnya meninggalkan negara itu pada Ogos 2021. Langkah itu mungkin meningkatkan kredibiliti terhadap jaminan Washington bahawa AS masih boleh menangani ancaman daripada Afghanistan tanpa kehadiran tenteranya di negara itu.
Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid dalam kenyataan mengesahkan satu serangan berlaku dan mengutuk sekeras-kerasnya dengan menyifatkan ia sebagai pelanggaran “prinsip antarabangsa”.
Presiden AS, Joe Biden akan menyampaikan ucapannya pada 7.30 malam berhubung apa yang disifatkan Rumah Putih sebagai “operasi memerangi keganasan yang berjaya”.
Satu letupan kuat bergema di seluruh Kabul pada awal pagi Ahad lalu.
Sebuah rumah terkena serangan roket di Sherpoor. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana rumah itu kosong,” kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Abdul Nafi Takor.
Sumber Taliban berkata, terdapat laporan sekurang-kurangnya sebuah dron terbang di Kabul pada pagi itu.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|