CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 441|Reply: 1

[Dunia] AS peruntuk dana perubahan iklim AS$1 bilion

[Copy link]
Post time 3-8-2022 10:09 AM | Show all posts |Read mode

Sebuah bas sekolah hanyut di sebatang anak sungai bersama pelbagai serpihan di Jackson, Kentucky, pada 31 Julai lalu. – AFP

AS peruntuk dana perubahan iklim AS$1 bilion

MIAMI, FLORIDA – Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris mengumumkan dana persekutuan  AS$1 bilion (RM4.45 bilion) bagi menambah baik infrastruktur di seluruh AS dalam usaha untuk meningkatkan daya tahan terhadap peningkatan haba dan perubahan iklim.

Menurut agensi berita United Press International, Program Pembinaan Infrastruktur dan Komuniti Berdaya Tahan itu akan memberi manfaat kepada 50 buah negeri, tiga wilayah dan Washington, D.C.

“Hari ini (kelmarin), pentadbiran Presiden Joe Biden membuat pelaburan lebih AS$1 bilion (RM4.45 bilion) menerusi Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) untuk membiayai projek peningkatan daya tahan terhadap perubahan iklim di 343 buah bandar, pekan dan daerah di seluruh negara,” katanya.

White House berkata, nilai pelaburan tersebut adalah dua kali ganda berbanding pembiayaan tahun lalu untuk infrastruktur berdaya tahan iklim.

Menerusinya, kerajaan tempatan boleh memohon geran bagi melaksanakan projek untuk melindungi impak akibat perubahan iklim.

“Selama bertahun-tahun, kita berbahas mengenai kesan perubahan iklim terhadap masyarakat, negara dan dunia. Hari ini, kita sendiri boleh melihat impaknya.

“Tahun lalu, negara ini mengalami 20 bencana cuaca yang berpunca daripada perubahan iklim dan menyebabkan kerugian bernilai lebih AS$1 bilion (RM4.45 bilion).

“Biden dan saya mempunyai kewajipan untuk bertindak, bukan sekadar selepas bencana berlaku, bahkan sebelum,” ujar Harris.

Beliau dalam ucapannya merujuk kepada bencana banjir di negeri Missouri dan Kentucky, kemarau serta kebakaran hutan di California selain gelombang haba di seluruh AS.

Tambah Harris, pentadbiran persekutuan akan membantu menaik taraf grid kuasa di Austin, Texas bagi memastikan pendingin hawa kekal berfungsi ketika gelombang haba.

Selain itu, sebanyak AS$50 juta (RM222.8 juta) akan diperuntukkan buat Miami bagi melindungi kawasan kejiranan di lokasi tanah rendah daripada peningkatan paras air laut. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/08 ... n-iklim-as1-bilion/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2022 10:14 AM | Show all posts
OK lah tu, the little red dot pun S$100b.  Malaysia??? we are not affected by climate change katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.526233 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list