CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 391|Reply: 0

[Kedah] Projek Musang King di HSK Rimba Teloi diteruskan

[Copy link]
Post time 3-8-2022 05:41 PM | Show all posts |Read mode
Baling: Projek ladang durian Musang King di Hutan Simpan Kekal (HSK) Rimba Teloi, Sik tetap akan diteruskan selepas ia mendapat kelulusan laporan penilaian impak alam sekitar (EIA).

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pihaknya jugasudah menerima laporan dari jawatankuasa yang ditubuhkan bagi mengkaji risiko kejadian bencana alam seperti banjir dan aliran puing di HSK berkenaan.

"Saya baca laporan pada jawatankuasa yang ditubuhkan di Sik itu, mungkin ada risiko tapi kita harap tak ada lah.


"Kalau ada EIA, pihak yang ada kepakaran sudah kaji. Sekiranya ada risiko besar, mungkin tidak dibenarkan (laksanakan projek) ... ada EIA (jadi) boleh tanamlah," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media mengenai projek penanaman durian Musang King di HSK Rimba Teloi, Sik berisiko berlakunya kepala air seperti kejadian di Gunung Inas, Kupang, Baling 4 Julai lalu.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi mendakwa gambaran HSK Rimba Teloi, Sik, digondolkan adalah tidak tepat.

Jelas beliau, hasil pemantauan terkini yang dijalankan jawatankuasa terbabit yang diketuai pegawai daerah Sik mendapati kawasan berkenaan sudah dilitupi dengan tanaman tutup bumi.

"Pegawai daerah sudah tubuh jawatankuasa, dah bawa pergi melawat semua tempat-tempat yang berisiko. Sik (HSK) tidaklah tinggi macam Gunung Inas.

"Ia kawasan berbukit juga tapi tak tinggi sangat. Jarak dengan kampung terdekat itu dua kilometer lebih," katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Rumah Mangsa Banjir Tragedi Kepala Air Lata Celak Kampung Iboi di Desa KEDA Kampung Sadek di sini, hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ba-teloi-diteruskan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.041865 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list