CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1325|Reply: 9

[Tempatan] Ketua Menteri minta penjelasan isu anggota polis bermasaalah dipindahkan ke Sabah & Sarawak.

[Copy link]
Post time 3-8-2022 06:30 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah memandang serius berhubung isu pemindahan anggota polis bermasalah ke Sabah dan Sarawak tanpa mendapat pandangan daripada kerajaan negeri terlebih dahulu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor meminta supaya pihak polis memaklumkan dan berbincang dengan beliau sebagai Jawatankuasa Keselamatan Negeri sebelum tindakan itu dilaksanakan.

"Saya memandang serius perkara ini walaupun tindakan itu mungkin sebagai satu prosedur atau tindakan disiplin yang diambil jabatan berkenaan terhadap anggota mereka," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai respons berhubung laporan berita sembilan anggota polis disiasat selepas dipercayai terlibat kes pemerasan seorang ahli perniagaan di Gombak, Selangor dipindahkan ke Sabah dan Sarawak.

Hajiji yang kini sedang menunaikan ibadah umrah berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada polis mengenai perkara berkenaan.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sakikala Devi menerusi sesi wawancara khas Sinar Harian pada Selasa memaklumkan, kesemua anggota polis yang terlibat kes pemerasan seorang ahli perniagaan di Gombak, Selangor telah ditukarkan ke beberapa balai polis dan bahagian di Sabah dan Sarawak.

Susulan daripada itu, perkara berkenaan mendapat pelbagai pandangan dan kritikan termasuk daripada Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis yang turut meminta kerajaan Persekutuan tidak menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai 'tong sampah' dengan 'membuang' penjawat awam bermasalah ke dua negeri berkenaan.

Sumber


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2022 07:03 PM | Show all posts
dah keluar kat telegram ES
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasala kakitangan gomen..cikgu yg cabul cabul pon tukar tukar sek jah...bukanya kena frezee dlm peti beku
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg susah sgt terminate service mereka? Dok simpan pindah sana sini..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sukacactus at 3-8-2022 10:03 PM

Camtu le org gomen, paling2 dipindahkan je
Jiran setaman polis berpangkat br pindah dr selatan
Sombong kemain...mcm le org xtau kenapa dipindahkan ke sini
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 02:53 AM From the mobile phone | Show all posts
xpasal2 kau buang org bermasalah kat negeri lain
ingat depa hadap ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2022 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Pemangku ketua polis bermasaalah integrity disini pun tuhari dipindahkan di sarawak.
Cikgu lelaki yang suka aim budak lelaki kat sekolah ni pulak elok je ditukarkan dimukim sebelah.berpuluh rahun pusing kat sek berdekatan. Bertahan lah sampai pencen
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 07:57 AM | Show all posts
teruk la kalau badan beruniform pun takde integrity.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2022 08:09 AM | Show all posts
yang bermasalah kau buang pergi sabah dan sarawak..memang hanjing.

kau buang je la anggota kau tu..ramai lagi yang nak keje dari simpan staff penyangak mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
belum terbukti bersalah lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.125185 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list