CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 396|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang tentukan 'nasib' 4 ADUN keluar parti

[Copy link]
Post time 3-8-2022 07:45 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 3-8-2022 07:47 PM

Pulau Pinang tentukan 'nasib' 4 ADUN keluar parti



Ogos 3, 2022 @ 7:16pm



Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. - NSTP/Mikail Ong



KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menentukan 'nasib' empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar daripada Pakatan Harapan (PH) dan sertai Perikatan Nasional (PN).

Portal Free Malaysia Today memetik Ketua Menteri, Chow Kon Yeow sebagai berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco minggu depan.

Katanya ia adalah susulan keputusan Mahkamah Persekutuan, hari ini, yang memutuskan undang-undang tubuh negeri menghalang lompat parti menepati Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata keputusan itu amat dialu-alukan kerana ia juga menghendaki mahkamah melihat semula keputusan duluan yang hampir menyerupai membabitkan undang-undang anti-lompat parti di Kelantan, yang diputuskan tidak berperlembagaan, kira-kira 30 tahun lalu.

"Kami akan membincangkan tindakan seterusnya pada Jumaat, katanya dalam kenyataan.

Empat ADUN berkenaan adalah Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya, bekas wakil rakyat PKR), Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh, bekas wakil rakyat PKR), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam, BERSATU) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang, BERSATU).

Keempat-empat ADUN itu sebelum ini memfailkan injunksi terhadap badan perundangan Pulau Pinang daripada meluluskan usul pengosongan kerusi masing-masing selepas mereka mengambil keputusan menyokong PN.

Usul itu ditangguhkan demi memastikan tidak berlaku pilihan raya negeri ketika pandemik, mengambil kira kes jangkitan COVID-19 melonjak selepas pilihan raya negeri Sabah diadakan.

Keempat-empat ADUN berkenaan juga memfailkan saman untuk menghentikan kerusi disandang tidak dikosongkan.

Pada 1992, Mahkamah Persekutuan memutuskan undang-undang negeri yang menghalang ADUN melompat parti sebagai tidak sah kerana bertentangan dengan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan membabitkan kebebasan berpersatuan.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, hari ini, berkata Perlembagaan Persekutuan tidak menjamin hak asasi wakil rakyat menukar keahlian parti politik.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.042038 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list