CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 857|Reply: 9

[Tempatan] Bung Moktar cadang benarkan buru, bunuh buaya

[Copy link]
Post time 4-8-2022 01:14 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu kerajaan negeri mewujudkan peraturan atau enakmen bagi membenarkan aktiviti memburu dan membunuh buaya secara berkala di Sabah.

Beliau berkata, seperti dilakukan kerajaan Sarawak, Sabah juga perlu mengambil inisiatif yang sama bagi menangani konflik antara manusia dan buaya di negeri ini.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, kebenaran bagi aktiviti memburu dan membunuh buaya perlu dilakukan dengan kadar segera agar keselamatan penduduk yang mencari rezeki di Sungai Kinabatangan tidak terjejas.

“Susulan tindakan Malaysia menurunkan taraf kategori buaya daripada Apendiks I kepada Apendiks II dalam Mesyuarat Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora dan Fauna Liar Terancam (CITES) di Afrika Selatan maka, diharap ia membolehkan buaya di Sabah diburu serta diperdagangkan.

“Saya berharap satu kajian akan dapat dilakukan oleh pihak berkuasa agar dapat mengurangkan populasi buaya di negeri ini demi menjamin keselamatan penduduk, terutamanya yang tinggal di kawasan berhampiran sungai,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bung Moktar berkata, Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah perlu bertindak proaktif untuk menangkap buaya-buaya yang terdapat di Sungai Kinabatangan.

“Kita mahu pihak berkuasa mengambil tindakan proaktif dan serius untuk menangani isu ini bagi memastikan penduduk yang menggunakan Sungai Kinabatangan sebagai laluan harian atau lokasi mencari sumber pendapatan,” katanya.

Pada Sabtu, seorang wanita maut dibaham buaya semasa keluar memancing bersama keluarganya berhampiran Kampung Tanjung Bulat Sinar Jaya di Sungai Kinabatangan.

Mangsa kehilangan kedua-dua belah kaki dan tangan pada keesokan harinya pada jarak 800 meter dari lokasi terakhir mangsa diserang.

Menurut Bung Moktar, kejadian sebegitu bukan kali pertama berlaku kerana sudah banyak mangsa yang terkorban akibat serangan buaya di Sungai Kinabatangan maka, tindakan pantas perlu diambil bagi memastikan konflik antara manusia dan buaya ini dapat dikurangkan.

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/08/bung-moktar-cadang-benarkan-buru-bunuh-buaya/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2022 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk tgk bung n jijie gi buru buaya liar. Berani tak? Bukan boleh buat henbeg pun. Menggerutu sangat kulitnya.

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Bewak hidup bole buru x?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 02:12 PM | Show all posts
Jom bung kita karok...



Kahkahkahkah



Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 02:54 PM | Show all posts
oi bung mokhtar gi repair jln2/jambatan kat sabah nun. sian tgk bdk2 nk gi sekolah bergadai nyawa sementara anak2 ko tiap2 hari tukar baju sedondon
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerdik jgk la cadangan.hari hari asik makan orang je mana tahan. lesen tu bagi kat anak anak sabah sarawak org asal.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2022 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupon ku menyampah dgn mamat ni tapi bermas je idea ni...banyak sangat nya buaya kat borneo tu dah la ganas² mengancam nyawa belaka ...kalo tak kacau org takpr
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat sarawak mmg dah boleh buru sebab dah over populated. Bung nak Sabah ikut mcm Sarawak. tp memang mcm dah banyak buaya kat Sabah, tiba2 kat swamp area kat Likas tempat org salu memancing pun ada buaya euwwwww skeriiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2022 04:38 PM | Show all posts
Setuju juga.. Semua negeri dalam Malaysia patut benarkan buru dan bunuh buaya..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku kesian tgk pic budak2 kt pendalaman sabah pegi sekolah  merentas desa, sungai bergadai nyawa. ko tak kesian ke anak2 bangsa kau begitu rupanya.tu lagi penting la hanat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.065859 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list