CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 694|Reply: 1

[Pulau Pinang] Pulau Pinang batal cadangan pembinaan CLQ di Bertam

[Copy link]
Post time 4-8-2022 04:52 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang batal cadangan pembinaan CLQ di Bertam

BERNAMA



Ahmad Zakiyuddin.



Georgetown: Cadangan membina Asrama Kakitangan Berpusat (CLQ) di Taman Perindustrian Pulau Pinang yang terletak di Bertam, Kepala Batas tidak akan diteruskan selepas mengambil kira pandangan pihak berkepentingan.

Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata keputusan itu dibuat oleh pihak pemaju iaitu Lestari Duta Sdn Bhd selepas mengadakan perbincangan dengan penduduk sekitar dan jabatan-jabatan teknikal yang terbabit.

"Pemaju bersetuju untuk membatalkan asrama warga asing seperti yang terkandung dalam pelan terdahulu.

"Pemaju juga akan memfokuskan pembinaan kilang berteknologi tinggi dengan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh jabatan-jabatan teknikal dan juga pihak berkuasa tempatan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata pihak pemaju kini dalam proses menawarkan pelbagai saiz lot industri kepada pelabur dan keperluan untuk membina asrama penempatan pekerja belum lagi diketahui.

Katanya pihak industri sepatutnya menguruskan keperluan penempatan kakitangan sekiranya memerlukan pekerja yang ramai.

Ahmad Zakiyuddin, yang juga pengerusi Jawatankuasa Pemantau Penang Technology Park berkata beliau akan terus memantau perlaksanaan projek itu bagi memastikan ia dapat memenuhi hasrat kerajaan negeri.

"Kawasan industri memainkan peranan penting dalam menawarkan pekerjaan terutamanya di kawasan yang penduduknya berpendapatan rendah. Kawasan industri seperti ini dapat menawarkan pekerjaan yang berpendapatan tinggi kepada penduduk tempatan," katanya.






Disiarkan pada: Ogos 4, 2022 @ 4:04pm





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2022 04:57 PM | Show all posts
alhamdulillah, tp jgn kedepan buat lupa pulak, pastu up balik...

nk buat, buat la kt atas bukit rumah org kaya tu.. bt pringgi, tj tokong, bt maung, jgn kacau tanah km kt seberang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.035465 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list