CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 388|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua lelaki ditahan bersama 2,000 liter diesel bersubsidi

[Copy link]
Post time 4-8-2022 05:03 PM | Show all posts |Read mode
Dua lelaki ditahan bersama 2,000 liter diesel bersubsidi



oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI  04 Ogos 2022 03:25pm






Seorang penguat kuasa KPDNHEP Pulau Pinang memeriksa lori yang dirampas dalam serbuan di sebuah stesen minyak di Jalan Baru pada Rabu.




BUKIT MERTAJAM - Dua lelaki ditahan bersama sebuah lori dan 2,000 liter diesel bersubsidi bernilai RM17,000 dalam serbuan di sebuah stesen minyak di Jalan Baru di sini pada Rabu.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang, A Mogan berkata, penahanan dua lelaki tersebut dibuat selepas pihaknya menerima maklumat dan risikan yang dijalankan.

Menurutnya, sebelum serbuan sepasukan penguat kuasa telah mengikut sebuah lori muatan dua tan yang mencurigakan sedang mengisi minyak diesel di sebuah stesen minyak kira-kira jam 6 petang.

"Setelah tiba di stesen minyak tersebut, kita mendapati ada dua lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an dalam lori tersebut dan hasil siasatan mereka mengaku membeli diesel bersubsidi di beberapa stesen minyak.

"Bahan api tersebut akan dijual kepada pihak industri dengan harga lebih mahal untuk mengaut keuntungan dan pemeriksaan pada belakang lori mendapati sebuah tangki berkapasiti 2,500 liter yang telah diubahsuai.

"Di dalam tangki itu pula terdapat 2,000 liter minyak diesel bersubsidi dan kedua-dua lelaki tersebut bergerak sendiri dalam menjalankan kegiatan berkenaan," katanya.

Mogan berkata, 2,000 liter minyak diesel, lori, tangki simpanan, pam elektrik dan paip bernilai keseluruhan RM17,000 telah dirampas.

"Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1962," katanya.


Sementara itu, KPDNHEP Pulau Pinang telah membuat dua serbuan berasingan melibatkan sebuah premis menjual pakaian dan sebuah kediaman di Gelugor dan Jelutong, Georgetown.

Moga berkata, serbuan tersebut dijalankan pada jam 2 petang, Rabu melibatkan 11 pegawai KPDNHEP Pulau Pinang bersama dua orang wakil pemilik cap dagangan.

"Serbuan pertama adalah di Kampung Kastam di Gelugor iaitu sebuah premis menjual pakaian, kasut, tali pinggang, topi dan beg. Sementara itu, serbuan kedua adalah di sebuah rumah di Lintang Sungai Pinang, Jelutong.

"Pemeriksaan menemui dan menyita 44 buah beg, 37 helai t-shirt, 78 pasang selipar, 16 unit tali pinggang, 15 unit topi berjenama antarabangsa disyaki tiruan bernilai keseluruhan RM9,130," katanya.

Katanya, di lokasi kedua pihaknya merampas 336 unit minyak wangi jenama antarabangsa yang disyaki menggunakan cap dagangan palsu.

"Kesemua barangan tersebut bernilai RM5,376 dan seorang warga tempatan yang merupakan pemilik kediaman turut ditahan.

"Kedua-dua kes disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019," katanya.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.068448 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list