CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 326|Reply: 0

[Kedah] Semua mangsa banjir di Baling dibenar pulang

[Copy link]
Post time 4-8-2022 05:31 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Tun Abdul Razak, yang dibenarkan pulang, hari ini. FOTO SAFURI KAMARUDIN

Baling: Semua mangsa banjir yang ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) benarkan pulang apabila keadaan pulih susulan cuaca baik hari ini.

PPS Dewan Tun Abdul Razak ditutup jam 10 pagi, manakala PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Puan Habsah ditutup jam 4.15 petang ini.

Seramai 27 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di dua PPS berkenaan.


Timbalan Pegawai Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Dzulhaidy Khalil, berkata cuaca kembali cerah dan paras air Sungai Baling sudah surut membolehkan semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing .

Dalam kejadian banjir kilat semalam air Sungai Charok Juan dan Baling melimpah dengan cepat berbanding kejadian sebelumnya.

Berikutan itu penduduk di Kampung Batu Tujuh Rambong, Charok Juan, Telok Sanau dan Bendang Sera dilanda banjir kilat setinggi satu meter dalam rumah.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ling-dibenar-pulang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:44 AM GMT+8 , Processed in 1.167661 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list