View: 746|Reply: 4
|
[Tempatan]
Menghendap boleh dipenjara 3 tahun dan dikenakan denda!
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 (Akta 574) yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini antara lain membolehkan individu yang didapati bersalah melakukan perbuatan menghendap dikenakan hukuman penjara dan denda.
RUU yang bertujuan menjadikan menghendap sebagai satu kesalahan itu dibentangkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermiyati Samsudin.
Berdasarkan naskah biru RUU tersebut, kesalahan menghendap merangkumi perbuatan mengekori, berkomunikasi atau cuba berkomunikasi dalam sebarang cara, berlegar-legar di kediaman atau tempat kerja seseorang dan memberi atau menghantar apa-apa sahaja kepada seseorang dalam sebarang cara.
“Sesiapa yang berulang kali dengan apa-apa tindakan gangguan, berniat untuk menyebabkan, mengetahui atau sepatutnya mengetahui perbuatan itu mungkin menyebabkan, merisaukan, menakutkan atau mencemaskan akan keselamatan orang itu, maka ia sudah melakukan kesalahan menghendap,” menurut naskah berkenaan.
Selain itu, Dewan Rakyat hari ini meluluskan RUU Cukai Jualan (Pindaan) 2022 yang mengandungi 10 Fasal bagi meminda Akta Cukai Jualan 2018 (Akta 806) dan RUU Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2022 yang mengandungi tujuh Fasal bagi meminda Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (Akta 807).
Kedua-dua RUU itu yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohd Shahar Abdullah itu diluluskan sebulat suara oleh Ahli Parlimen dan Dewan Rakyat turut meluluskan RUU Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2022 bagi meminda Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 (Akta 592).
Sumber
|
|
|
|
|
|
|
|
Mujur zaman akak suka menghendap dulu masih halal dekkkk….. |
|
|
|
|
|
|
| |
|