CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 409|Reply: 5

[Tempatan] Kes Covid-19 turun bawah 5,000 semula

[Copy link]
Post time 5-8-2022 10:22 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

Kes Covid-19 turun bawah 5,000 semula

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini kembali merekodkan bawah 5,000 apabila sebanyak 4,413 kes dilaporkan semalam termasuk enam kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,659,259 setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 3,394 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,613,676 orang.

Kata laman web itu, sebanyak 47,534 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan sejumlah negatif 1,011 kes.

“Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,344 diikuti Selangor (1,129), Perak (327), Sabah (281), Negeri Sembilan (263), Pulau Pinang (230), Melaka (159), Kedah (123) dan Sarawak (105).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Johor (95), Kelantan (93), Putrajaya (90), Pahang (89), Terengganu (48), Perlis (21) dan Labuan (14),”kata maklumat itu tadi.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 12 kematian dilaporkan dengan empat kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,003.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,651 setakat ini.

Sebanyak 45,928 kes dikuarantin di rumah, 23 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,531 kes di hospital, 20 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 32 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/08 ... -bawah-5000-semula/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2022 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
First time akak kena covid...ha kau...rasa terbakar satu badan aku...ni dah hari ke 8...masih berkahak walau aku dah makin sihat...sakit teruknya 1 hari je yg rasa terbakar tu..

Smlm pulak aku jumpa satu dato dari geng Mindef...dia pun positif covid sb balik dari luar negara...adoi...berjangkit balik ke aku gamaknya...

Hari ni anak aku pulak positif covid...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 02:41 PM | Show all posts
Nnoor2 replied at 12-8-2022 01:45 PM
First time akak kena covid...ha kau...rasa terbakar satu badan aku...ni dah hari ke 8...masih berkah ...

moga dipermudahkan urusan kak
dan gws yach


Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 12-8-2022 02:41 PM
moga dipermudahkan urusan kak
dan gws yach

Terima kasih cik super...dah sihat dah semua...alhamdulillah...covid ni rupanya yg paling teruk 1 hari je...lepas tu terus ok...cuma ada kahak jela yg lama sikit
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Nnoor2 replied at 13-8-2022 08:37 AM
Terima kasih cik super...dah sihat dah semua...alhamdulillah...covid ni rupanya yg paling teruk 1  ...

Yep berul.. masa kena hari tuu aku ingat aku demam jee.. sbb esok dah mula sihat.. alhmdlh berkat ade vksin tak brp kuat pnakitnya
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 09:05 AM | Show all posts
Waspada amalan kita..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.940177 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list