View: 820|Reply: 5
|
Sepupu Tak Kisah Bermadu, Si Suami Tersenyum Lebar Dapat Kahwin Dua Serentak
[Copy link]
|
|
JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki yang mengahwini dua wanita yang merupakan sepupu secara serentak, lapor laman berita Suara.com.
Perkahwinan itu dikatakan berlangsung semalam di Desa Lebakagung, Lampung Utara. Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @dunia_kaumhawa.
Rakaman memaparkan kemeriahan sebuah majlis perkahwinan yang diadakan di dalam sebuah rumah. Pengantin lelaki yang memakai kot hitam dan kain sarung dilihat berjalan ditemani keluarganya.
Foto:tiktok
Selain itu, salah seorang pengantin perempuan memakai kebaya putih dan kain batik berwarna emas yang sepadan dengan suaminya, manakala seorang lagi berkain batik merah jambu.
Dua pengantin perempuan itu kemudian bersalam di hadapan tetamu namun, pengantin berkain warna merah jambu kelihatan berwajah masam.
“Nama pengantin lelaki Rahmadi, manakala pengantin perempuan ialah Dela Novita Lingga dan seorang lagi, Sri Yana,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.
Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Wah merungsingkan, ‘perang dunia’ setiap hari,” kata seorang netizen.
“Dari raut wajahnya, dia sudah bersedia untuk ‘perang dingin’,” komen netizen lain. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Majlis kawin pun dah masam muka je masing2 tak tahu nak cakap apa all the best je |
|
|
|
|
|
|
|
Berita indon caprut utk hidangan @Friska babu ndon |
|
|
|
|
|
|
|
baca tajuk je pun dh tau ummah negara mana... |
|
|
|
|
|
|
|
click sbb nk tengok senyum yg dikatakan lebar tu. selalunya tajuk ada kaitan dgn gambar. Kecewa betul kalini TIDAK |
|
|
|
|
|
|
| |
|