CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1077|Reply: 7

Jawatan Kosong Gaji RM346,080 Setahun, Kerja Dari Rumah Je Sambil Makan Gula-Gula

[Copy link]
Post time 6-8-2022 09:44 AM | Show all posts |Read mode
OTTAWA, KANADA – Sebuah syarikat peruncit gula-gula online di Kanada menawarkan bayaran berjumlah £64,000 (RM346,080) setahun kepada sesiapa yang mahu bekerja dari rumah sambil makan makanan manis keluarannya, lapor akhbar Daily Star.


Candy Funhouse, menyiarkan iklan jawatan ‘Ketua Pegawai Gula-Gula’ dengan tugas memimpin mesyuarat lembaga gula-gula, menjadi ketua penguji rasa serta beberapa tugas yang menyeronokkan.


Pekerjaan itu disiarkan di laman LinkedIn pada Julai lalu dan menerima beribu-ribu permohonan, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jamal Hejazi kepada stesen penyiaran CNN.




Foto: Youtube




Huraian iklan itu mengatakan bahawa jawatan berkenaan tidak terikat dengan umur dan terbuka kepada sesiapa yang berusia lebih dari lima tahun dan tinggal di Amerika Utara.


Syarikat yang berpangkalan di luar Toronto itu dikendalikan oleh empat beradik berusia 20-an hingga 30-an. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2022 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak dan setahun potong kaki
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
maybe guna ingredients yg halal, tgk nama pegawai exec tu mcm muslim.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 04:07 PM | Show all posts
sambaldurian replied at 6-8-2022 03:41 PM
maybe guna ingredients yg halal, tgk nama pegawai exec tu mcm muslim.

iols tgk food network host Ali Khan tu selamba je mkn pork. muslim ke dia?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 6-8-2022 04:07 PM
iols tgk food network host Ali Khan tu selamba je mkn pork. muslim ke dia?

ahaha saja je. nk sambung ayat mls nk dh tulis td. yela mostly nama mcm muslim tp x practising dh. even nama je ala2 muslim tp mmg bkn muslim pun, mcm org Asli sini. tgk google founder ni pun ala2 parsi. persian pun x semestinya semua muslim. tp mana tau candy dia vegan based ke, bhn2 kosher ke..gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 05:33 PM | Show all posts
sambaldurian replied at 6-8-2022 05:21 PM
ahaha saja je. nk sambung ayat mls nk dh tulis td. yela mostly nama mcm muslim tp x practising dh. ...

tulah...iols rasa ramai persian yg migrate ke barat dh x jd  practising muslim pun. even yg arab pun sama. kalo bahan2nya halal apa salahnya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2022 10:33 PM | Show all posts
mojarean_X: iols tgk food network host Ali Khan tu selamba je mkn pork. muslim ke dia?


kt indon kadang jual babi oink2 tu pakai tudung alasan xnak rambut masuk makanan

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam jalan cerita Charlie and the Chocolate Factory
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.063580 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list