CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 368|Reply: 0

[Kedah] Penduduk Langkawi terbeban harga tiket feri naik

[Copy link]
Post time 6-8-2022 12:14 PM | Show all posts |Read mode
Pengecualian kenaikan harga tiket feri bagi penduduk Langkawi tidak dapat dinikmati sepenuhnya kerana tiket murah tersebut hanya boleh dibeli di kaunter.

Penduduk Langkawi terbeban harga tiket feri naik


LANGKAWI – Penumpang feri menyifatkan kenaikan harga tambang feri yang menjadi pe­ngangkutan utama untuk keluar masuk ke Pulau Langkawi sebagai membebankan.

Rata-rata pengguna yang ditemui di Terminal Feri Penumpang Kuah di sini, kecewa dengan kenaikan harga tiket dari Jeti Kuala Perlis dan Kuala Kedah itu.

Penduduk pulau peranginan ini, Che Hajar Che Dan, 48, berkata, dia berpeluang mendapat tiket pada harga murah kerana merupakan penduduk Langkawi, namun pembelian perlu dibuat di kaunter.

“Kalau beli secara online, sama juga kena bayar macam orang luar kerana tiada pilihan untuk pembayaran bagi penduduk Langkawi.

“Saya ada anak yang belajar di luar dan biasanya akan balik pada waktu cuti, jadi saya terpaksa beli tiket secara online untuk anak yang mana kenaikan harga tiket ini turut membebankan walaupun kami berasal dari Langkawi,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Seorang lagi penduduk Langkawi, Natasya Abdul Karim, 21, berkata, pihak pengurusan feri sepatutnya meletakkan harga tiket feri bagi penduduk Langkawi bagi pembelian online.

“Bukan semua orang ada masa untuk ke kaunter tiket dan kalau orang Langkawi berada di luar Langkawi pastinya mereka akan beli tiket secara dalam talian ke­rana tiket feri selalu habis awal.

“Tidak perlu kata kenaikan harga tiket tidak melibatkan penduduk sedangkan tiket itu hanya boleh dibeli di kaunter,” jelasnya.

Pelancong dari Ulu Tiram, Johor, Mohd. Saiful Mohd. Amri, 30, berkata, pengumuman kenaikan harga tiket pada saat-saat akhir itu membebankan pelancong.

“Saya bernasib baik kerana telah membeli tiket secara online pada malam tadi (kelmarin) dan hanya mendapat tahu mengenai kenaikan harga itu selepas selesai membeli tiket.

“Semalam umum naik harga, hari ini sudah mula. Kalau dia beri tempoh sebulan mungkin pelancong tidak terkejut te­ngok tiket tiba-tiba naik harga,” ujarnya.

Kosmo! semalam melaporkan tambang bagi laluan Pulau Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah naik antara RM3 hingga RM11.50 berkuat kuasa semalam.
https://www.kosmo.com.my/2022/08 ... ga-tiket-feri-naik/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.625117 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list