|
Nonino menyertai larian 400 meter pada Kejohanan Olahraga Dunia B-20 2022 di Cali, Colombia. - Kejohanan Olahraga Dunia 2022
Atlet Itali guna tangan tutup zakar semasa acara larian 400 meter
BOGOTA – Larian seorang atlet Itali diperlahankan apabila dia terpaksa menutup kemaluannya menggunakan tangan ketika menyertai pertandingan kerana tidak memakai seluar dalam, lapor laman berita MailOnline semalam.
Kejadian berlaku ketika Alberto Nonino menyertai larian 400 meter pada Kejohanan Olahraga Dunia B-20 di Cali, Colombia.
Atlet Itali berusia 18 tahun itu memulakan perlumbaan dengan kedudukan yang baik di pusingan pertama bagi memburu kemenangan.
Tidak lama kemudian, Nonino kelihatan tidak selesa, manakala rakaman perlumbaan menunjukkan dia melihat ke bawah untuk memeriksa seluar pendeknya.
Nonino ketika itu menyedari alat sulitnya terdedah secara tidak sengaja. Untuk kekal dalam perlumbaan, dia terpaksa menggunakan tangan untuk menutup kemaluannya.
Di sebalik usaha yang dilakukan, masalah itu berterusan ketika Nonino berlari mengelilingi dua selekoh terakhir sedangkan perlumbaan belum berakhir.
Nonino mampu mengatasi dua pesaingnya ketika menyelit zakarnya ke dalam seluar pendek. Ketika mula menghampiri garisan akhir, pelari lain mula mengatasinya.
Larian Nonino diperlahankan ketika fikirannya terdesak untuk menjaga maruahnya. Atlet Itali itu ketinggalan ketika tujuh pelari lain melepasi meter akhir.
Dia melepasi garisan penamat di tempat terakhir dengan catatan masa 51.567 saat. Menurut World Athletics, larian 400 meter terbaik Nonino ialah 51.12 saat. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/08 ... a-larian-400-meter/
|
|