CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1137|Reply: 3

[Dunia] Pasar pengantin lelaki’ tradisi berusia 700 tahun di India

[Copy link]
Post time 6-8-2022 09:55 PM | Show all posts |Read mode
‘Pasar pengantin lelaki’ tradisi berusia 700 tahun di India




  • Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
  • 6 Ogos 2022, 9:30 pm















MADHUBANI, India: Seorang lelaki yang mengenakan baju berwarna merah jambu dan seluar hitam kelihatan gelisah sambil menunggu di tepi sebuah padang.
Nirbhay Chandra Jha, 35, menempuh perjalanan lebih 100 kilometer dari Begusarai ke daerah Madhubani dengan harapan dapat bertemu dengan jodoh di Surath, iaitu sebuah perkampungan yang terkenal dengan ‘pasar pengantin lelaki’.
Jha menunggu jika ada mana-mana keluarga wanita akan datang kepadanya dan berunding mengenai hantaran perkahwinan.
Calon pengantin pula akan berdiri sambil disaksikan oleh orang ramai, dengan purata hantaran kahwin yang diminta sebanyak AS$630 (RM2,807).
“Jika saya lebih muda, sudah tentu saya meminta hantaran kahwin yang lebih banyak,” kata Jha kepada Al-Jazeera.
Lelaki itu bekerja sebagai pengurus di sebuah kilang dengan kewangan yang stabil, sekali gus meyakinkan dia mampu menjadi calon suami yang baik.
Di kawasan berhampiran, hampir 20 lelaki duduk di bawah pokok sambil menunggu jika ada keluarga mana-mana wanita yang ‘berkenan dengan mereka’.
Biarpun tradisi itu sudah tidak banyak lagi diamalkan di India, namun amalan tersebut masih disanjungi di Madhubani.
Tradisi berusia 700 tahun itu menyaksikan sejumlah lelaki yang layak berkahwin berdiri di khalayak ramai, kemudian mereka akan didatangi oleh penjaga wanita, terutamanya bapa atau abang untuk memilih calon suami bagi anak mereka.
Secara umumnya, calon pengantin perempuan hanya mengikut pilihan yang ditetapkan keluarga mereka.
Bagi penduduk kampung, tradisi itu dianggap suci dan perlu dikekalkan.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2022 12:30 PM | Show all posts
soalan jujur.. kat india ni kan dia mmg byk adat/tradisi/kepercayaan/fahaman agama mengikut tempat ke ek, mcm byk btl tradisi2 yg belah A buat tp belah B x buat. belah C plk mcm ni, belah D plk mcm nih..

ada sapa2 blh explain?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Konsep asal berbini tak kisah gundu pun kan.
Lelaki tu gay ka?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 11:53 PM | Show all posts
seram kot bt mcm ni
klu dpt yg gundu dgn kepam mcm mana blh tolak ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.049459 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list