CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1632|Reply: 12

[Tempatan] Bingung walaupun Memandu Ikut Peraturan, Lelaki Ini terima ceramah panjang dan Dituduh Langgar Lampu Merah Oleh Polis Trafik

[Copy link]
Post time 7-8-2022 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 7-8-2022 12:33 AM


Semua sedia maklum melanggar lampu isyarat merah boleh dikenakan saman jika didapati bersalah melakukan perbuatan tersebut. Bagaimana pula jika seseorang tidak melakukan kesalahan, namun dituduh melakukannya?

Baru-baru ini seorang pemandu kehairanan apabila seorang anggota polis trafik mendakwanya melanggar lampu isyarat merah semasa polis tersebut menjaga lalu lintas.

Dalam satu video berdurasi 7 minit, polis tersebut meminta pemandu berkenaan memberhentikan kenderaannya di tepi jalan dan berlaku ‘sesi soal jawab’ di antara mereka berdua

Polis itu menyatakan rasa tidak puas hati mendakwa pemandu ‘melanggar lampu hijau’ di hadapannya sewaktu dia sedang bertugas. Tambahnya lagi, ‘tindakan’ pemandu itu seolah-olah mencabar kredibiliti kerjaya sebagai seorang anggota polis trafik.

Bagaimanapun, dalam video dashcam pemandu tersebut, kesemua kawasan lampu isyarat yang dilaluinya menunjukkan warna hijau, tidak ada satu pun berwarna merah.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi netizen, anda yang mendakwa polis tersebut mungkin tersilap mengekori kereta sehingga tertukar dengan kereta milik pemilik dashcam.

Ada juga mendakwa mungkin polis itu tersilap melihat lampu isyarat kerana sewaktu kejadian dia sedang melihat lampu isyarat untuk laluan berlawanan arah daripada kereta milik pemilik dashcam

Nyata orang ramai lagi, sekiranya pemandu itu menjawab dengan yakin tidak melanggar lampu isyarat merah dan menunjukkan rakaman kepada polis tersebut, mungkin hal ini tidak berpanjangan.


Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2022 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Polis ni buta ke apa....tunjuk jela video...elok x payah jadi polis  tuduh org sesuka hati
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena saman tak tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Semlm bini tak layan kot
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 09:50 AM | Show all posts
Dah kenalpasti identitinya? PDRM perlu ambil tindakan tegas segera .
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 10:07 AM | Show all posts
Kau g balai repot ja perangai polis bongok camtu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2022 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pemandu tu, tak pe la, anggap abam polis tu tersilap kete je... Mungkin dia penat ke hape kan
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 10:43 AM | Show all posts
Aku rasa macam nak mancarut tp aku  sabar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2022 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Nengok video tu smlm
Polis tu dah mcm mencurahkan rasa apa yg terbuku di lubuk hati plak, panjang berjela...jemu aku mendengar
Bro ni patut mintak blk gantirugi masa yg terbuang melayan ranting anggota polis berkenaan
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 10:52 AM | Show all posts
Polis ni buat luahan hati ke ape? tak pasal2 driver ni kena tadah telinga. dah la kena tuduh benda yg dia tak buat. hantu betul.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko dah kenapa datang bulan ke? Nak marah kat orang lain tp curhat kat orang lain.
Nasib ko la bang tetiba pepagi kena tadah telinga dengar org membebel, dah la tak buat salah tiba2 kena tuduh plak.
Sabar tu abang tu tadah je telinga tu sib baik orang lelaki mmg dh pro bab dengar org bebel ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
tak dapat tengok video tapi setau i, dalam situasi polis traffic jaga jalan, lampu hijau ke kuning ke merah ke pelangi ke tak valid..
u kena ikut arahan polis dia suruh jalan atau berhenti..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 03:12 PM | Show all posts
klu xbiasa akses dvr cam, jgn memandai sentuh

ada membe tepadam, jadi mintala tolong org lain copykn file msuk ke tepon

biasa 7omai ni ada apps leh akses terus file dvr dari henset..senang je nk copy
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.064794 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list