CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 394|Reply: 2

[Tempatan] Penganggur edar syabu 89.8 gram dihukum gantung

[Copy link]
Post time 7-8-2022 06:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 7-8-2022 02:21 AM

Penganggur edar syabu 89.8 gram dihukum gantung



TERTUDUH (tengah) diiring oleh dua anggota polis semasa dibawa ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan hari ini.-UTUSAN/ KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN


  • Oleh ROSALWANI CHE SOH
  • 7 Ogos 2022, 4:50 pm















KOTA BHARU : Seorang penganggur dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 89.8 gram di Wakaf Bharu, Tumpat enam tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Abazafree Mohd. Abbas menetapkan hukuman itu terhadap Mohd. Hafizul Che Mohd. Zahid, 30, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir kes pembelaan.

Mohamad Abazafree dalam penghakimannya berkata, tertuduh memberikan keterangan yang berbeza dengan hujah pihak pendakwaan.

“Mahkamah menganggap tertuduh sengaja mereka cerita dan memberi keterangan yang meragukan.

“Oleh itu, tertuduh didapati bersalah, malah, turut disabitkan dengan pertuduhan tersebut dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati,”katanya.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Hafizul didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 89.8 gram di hadapan sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Pasir Pekan Hilir, Wakaf Bharu dekat Tumpat kira-kira pukul 4.20 petang pada 22 September 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Arshad manakala tertuduh diwakili peguam Mohd. Ridhuwan Ismail.

Terdahulu, Norazlinawati meminta mahkamah menetapkan hukuman setimpal terhadap kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh memandangkan kes dadah semakin berleluasa.

Menurutnya, mahkamah perlu mengambil kira kepentingan awam dan hukuman tersebut mampu memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Sementara itu, Mohd. Ridhuwan memohon mahkamah mempertimbangkan hukuman terhadap anak guamnya memandangkan tertuduh sudah ditahan selama enam tahun sejak berusia 24 tahun.

“Tertuduh juga tidak pernah mempunyai rekod jenayah lampau termasuk kes dadah sebelum ini selain memberi kerjasama yang baik sepanjang kes perbicaraan berlangsung,” katanya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan hukuman gantung sampai mati kepada tertuduh. –UTUSAN ONLINE





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2022 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Huk aloh klate gedebe cawwat kote buah mempele serambi Moscow serambi bermukah gommo klate gommo! malu kokram, hok ni hok tu hok ni hok tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Hukuman mati mandatori yg dimansuhkan baru2 ni x masuk Seksyen 39B ni ke?  Ingat semua dimansuhkan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.324999 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list