CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 580|Reply: 2

[Dunia] Wap air letusan gunung berapi Tonga boleh isi 58,000 kolam renang Olimpik

[Copy link]
Post time 7-8-2022 06:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 7-8-2022 02:49 AM

Wap air letusan gunung berapi Tonga boleh isi 58,000 kolam renang Olimpik



RAKAMAN imej satelit menunjukkan letusan gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Haapai di Tonga. - AFP


  • Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
  • 5 Ogos 2022, 11:00 am















WASHINGTON: Satu daripada letusan gunung berapi paling kuat yang mengeluarkan sejumlah besar wap air hingga ke atmosfera, berkemungkinan mampu memanaskan permukaan bumi buat sementara waktu.

Memetik laporan CNN, letusan gunung berapi dasar laut yang berlaku di Tongapada 15 Januari lalu, mencetuskan tsunami dan ledakan sonik yang dapat didengar di seluruh dunia sebanyak dua kali.

Letusan itu mengeluarkan wap air hingga ke dalam stratosfera, yang terletak antara 12 dan 53 kilometer (km) di atas permukaan bumi.

Berdasarkan pengesanan satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), air yang dikeluarkan itu mencukupi untuk mengisi 58,000 buah kolam renang bersaiz Olimpik.

Pengesanan itu dibuat oleh alat Microwave Limb Sounder pada satelit Aura NASA.

Satelit itu mengukur wap air, ozon dan gas atmosfera yang lain.

Para saintis terkejut dengan bacaan wap air yang diperoleh selepas letusan itu berlaku.

Mereka menganggarkan letusan itu mengeluarkan 146 teragram air ke stratosfera.

Satu teragram adalah bersamaan satu trilion gram, justeru dalam kes ini, ia bersamaan dengan 10 peratus daripada jumlah air yang sedia ada di stratosfera.

Ia adalah empat kali ganda berbanding jumlah wap air yang mencecah stratosfera selepas letusan Gunung Pinatubo pada 1991 di Filipina.

Kajian baharu mengenai penemuan wap air disiarkan dalam Geophysical Research Letters pada bulan lalu.

“Kami tidak pernah melihat perkara seperti itu. Malah, kami terpaksa memeriksa dengan teliti semua ukuran dalam kepulan untuk memastikan ia adalah benar,” kata saintis atmosfera di NASA, Luis Millan.



https://www.utusan.com.my/luar-negara/2022/08/wap-air-letusan-gunung-berapi-tonga-boleh-isi-58000-kolam-renang-olimpik/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2022 06:50 PM | Show all posts
Semoga kita dilindungi daripada apa-apa bencana
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sifu dan Tonga tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.058911 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list