CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2403|Reply: 15

Dah Bagi Amaran Tetap Degil, Jatuh Dalam Lava Mati Sia-Sia Je!

[Copy link]
Post time 8-8-2022 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Reykjavik: Aliran lava di Iceland menjadi tarikan pelancong walaupun orang ramai diberi amaran untuk tidak mendekati kawasan berkenaan


Gunung berapi Fagradalsfjall yang terletak kira-kira 32 kilometer di barat daya Reykjavik, meletus minggu lalu.


Asap tebal masih dapat dilihat ketika lava panas mengalir di kawasan berkenaan.


Pejabat Meteorologi Iceland menggesa orang ramai supaya tidak mendekati gunung berapi itu yang terletak di lembah yang tidak berpenghuni.




Foto: BBC




Imej terbaharu menunjukkan pelancong berpusu-pusu ke kawasan lembah untuk mengambil gambar dan video.


Orang ramai diberi amaran untuk menjauhkan diri kerana risiko terhadap asap tebal berbahaya dan lava panas.


Bagaimanapun, mereka tidak menghiraukan amaran pihak berkuasa dan sanggup berjalan kaki melalui lembah kerana teruja untuk melihat lava dari jarak dekat.


Seorang wanita memberitahu BBC, dia menunggu bertahun-tahun untuk melihat lava.


"Apabila saya datang ke atas bukit itu, kami memutuskan kami akan turun dan mendekati (lava), ia adalah satu risiko dan kami tahu itu," katanya.


Individu lain sudah berkumpul untuk mengambil gambar bersama anak mereka dan menerbangkan dron di kawasan lembah berkenaan.


Menerusi video langsung dari tapak itu semalam menunjukkan aliran lava keluar dari rekahan sempit.


Gunung berapi itu terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Keflavik, hab trafik udara antarabangsa Iceland.


Bagaimanapun, penerbangan tidak terjejas dengan kejadian itu.


Letusan pada 2021 di kawasan yang sama menghasilkan aliran lava yang menakjubkan selama beberapa bulan. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2022 11:24 AM | Show all posts
barwah lava


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 01:23 PM | Show all posts
Amaran dah diberi. Jatuh terus lebur mati tanpa mayat. Insurans tak akan beri pampasan pada waris.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok la tu.terkubur terus situ jadi fossil
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
tikusmontok replied at 8-8-2022 01:34 PM
Elok la tu.terkubur terus situ jadi fossil

100 tahun lg atau 1000 tahun lagi kalau masih ada org kat bumi ni..akan jumpa.fossil tu
Dan sejarah manusia degil.nak tengok lava akan ditempa di plak tepi gunung berapi..



Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 03:11 PM | Show all posts
Tajuk macam hanat, buang masa aku baca sampai hujung artikel ingatkan betul ada yang terjatuh.

Kalau setakat nak bagi tau ada letusan kat Iceland, thread kan dah ada.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2022 03:42 PM | Show all posts
Betul-betul tempah bala
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by intan244 at 8-8-2022 04:14 PM

api dunia ni apa la sgt kalau nak banding ngan akhirat. 70x ganda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2022 04:25 PM | Show all posts
dasar maknusia. lagi dilarang, lagi dia pergi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 04:39 PM | Show all posts
Pergi situ sah-sah tiada hasil langsung, malah bawa mudarat ada la..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 04:49 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 8-8-2022 07:11 AM
Tajuk macam hanat, buang masa aku baca sampai hujung artikel ingatkan betul ada yang terjatuh.

Kala ...

ye... igtkan dah ada kes terjatuh dlm lava tu.. dan ada video rakaman ms dia terjatuh ke
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 07:05 PM | Show all posts
sukati komelah. yg mati pun komeee. dulik!
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 8-8-2022 11:24 AM
barwah lava

Adakah manak itu sejenis lava?



kisah sebennnerrr lava:

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=765030&pid=54481564&fromuid=1884863
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 08:44 PM | Show all posts
sekali rupanya bawah tanah tempat diorang duduk tu merupakan gunung berapi bawah tanah. sekali meletus habis semua berterbangan ke udara. mcm supervolcano yellowstone kat wyoming USA nun bila2 masa bole meletus.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 01:43 AM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 8-8-2022 08:20 PM
Adakah manak itu sejenis lava?

laba memang lelaki ler

kebetulan je tu sama profile pic

gambar tu memang popular di forum2 indon, carigold, fesbuk pada zaman tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 04:32 PM | Show all posts
aku gigih klik benang ni igtkan ade instafamous mati jatuh dalam lava
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.080581 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list